Kesan ketoksikan Cypermethrin terhadap mortaliti larva kumbang badak (Oryctes Rhinocerosj, perosak utama kelapa sawit di Sungai Batang, Sandakan

Satu kajian telah dijalankan di makmal Fakulti Pertanian Lestari (Makmal Entomologi), Universiti Malaysia Sabah Kampus Sandakan untuk mengkaji tahap ketoksikan LDso dan U)go Cypermethrin terhadap larva Oryctes rhinoceros beetle pada tanaman kelapa sawit. Kajian ini telah dijalankan selama 3 bulan (O...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurathirah Ab Razak
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sabah 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23975/1/Kesan%20ketoksikan%20Cypermethrin%20terhadap%20mortaliti%20larva%20kumbang%20badak.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23975/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Satu kajian telah dijalankan di makmal Fakulti Pertanian Lestari (Makmal Entomologi), Universiti Malaysia Sabah Kampus Sandakan untuk mengkaji tahap ketoksikan LDso dan U)go Cypermethrin terhadap larva Oryctes rhinoceros beetle pada tanaman kelapa sawit. Kajian ini telah dijalankan selama 3 bulan (Ogos 2016 hingga November 2016). Kajian ini dilakukan melalui empat proses iaitu pengumpulan sampel larva kumbang badak, penjagaan larva, penyediaan stok larutan dan melakukan ujian bioassai dengan kaedah semburan. Semua larva kumbang badak telah di sampel dari Ladang Syarikat Majulah Sdn. Bhd. dan Ladang Persendirian di Sg. Batang, Sandakan. Sebanyak 4 rawatan telah digunakan dengan 3 replikasi untuk setiap rawatan dan disusun dengan menggunakan rekabentuk Completely Randomized Design (CRD). Parameter yang diukur adalah peratus mortaliti larva kumbang badak. Racun Cypermethrin telah disembur ke atas larva kumbang badak dan kadar mortaliti larva kumbang badak telah direkod setelah 24, 48, 72 dan 96 jam. Kajian data dianalisis dengan menggunakan perisia_n PoloPlus© menunjukkan kadar mortaliti larva kumbang badak di Ladang 2 lebih tinggi berbanding di Ladang 1 dengan kepekatan dos bahan aktif insektisid Cypermethrin 1200000.00 ng/g pada jam ke 96. Berdasarkan Ujian Parallelism menunjukkan tidak terdapat perbezaan bererti bagi ujian ketoksikan insektisid Cypermethrin pada masa ke 24, 48, 72 dan 96 jam pemerhatian terhadap mortaliti larva kumbang badak bagi Ladang 1 dan Ladang 2. Namun kecerunan pada graf probit menunjukkan terhadap LDso / U)go, kadar mortaliti probit pada nilai L