Pembelajaran Regulasi Kendiri di kalangan Pelajar dalam Mata Pelajaran Bahasa Arab Sekolah Menengah: Satu Analisis Perbandingan Mengikut Jenis Sekolah

Bahasa Arab merupakan mata pelajaran elektif yang diwajibkan ke atas pelajar beraliran agama. Salah satu cara untuk menguasai bahasa ini adalah dengan mengamalkan pembelajaran regulasi kendiri yang boleh mengelakkan sikap pasif di kalangan pelajar. Namun demikian, ia mungkin sukar diamalkan jika sek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohammad Haafiz Ahmid, Mohd Khairuddin Abdullah, Khalid Johari, Arbiah Maddahiri, Hairi Asul
Format: Article
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23972/1/Pembelajaran%20Regulasi%20Kendiri%20di%20kalangan%20Pelajar%20dalam%20Mata%20Pelajaran%20Bahasa%20Arab%20Sekolah%20Menengah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23972/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bahasa Arab merupakan mata pelajaran elektif yang diwajibkan ke atas pelajar beraliran agama. Salah satu cara untuk menguasai bahasa ini adalah dengan mengamalkan pembelajaran regulasi kendiri yang boleh mengelakkan sikap pasif di kalangan pelajar. Namun demikian, ia mungkin sukar diamalkan jika sekolah kurang kemudahan, kelengkapan dan persekitaran yang sesuai. Di Malaysia terdapat beberapa jenis sekolah yang mewajibkan Bahasa Arab. Dalam kajian ini, pembelajaran regulasi kendiri pelajar dibandingkan berdasarkan tiga jenis sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN). Pendekatan kuantitatif digunakan dengan menjadikan soal selidik Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) sebagai instrumen kajian. Data dikutip daripada 542 pelajar tingkatan 4 beraliran agama di tiga jenis sekolah tersebut dan proses menerusi analisis ANOVA sehala. Secara keseluruhan, tiada perbezaan signifikan pada pembelajaran regulasi kendiri pelajar dan salah satu dimensinya; pengaturan kendiri mengikut jenis sekolah tersebut namun, dimensi penggunaan strategi kognitif didapati berbeza secara signifikan. Oleh yang demikian, pihak berkepentingan perlu memberi perhatian dalam penyediaan kemudahan, kelengkapan dan persekitaran yang boleh merangsang pembelajaran regulasi kendiri di kalangan pelajar bagi meningkatkan prestasi Bahasa Arab