Penentuan logam mangan dengan menggunakan elektrod pemilih ion (ISE) jenis grafit bersalut

Pembinaan dan pencirian elektrod pemilihan ion grafit bersalut untuk menentukan ion Mn2+ telah dijalankan. Elektrod telah disediakan dengan merendamkan rod grafit ke dalam larutan membran dan dikeringkan pada suhu bilik semalaman. Komposisi membran adalah 33 mg polivinil klorida (PVC), 2 mg natrium...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Uda Nordin
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sabah 2008
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23877/1/Penentuan%20logam%20mangan%20dengan%20menggunakan%20elektrod%20pemilih%20ion.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23877/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembinaan dan pencirian elektrod pemilihan ion grafit bersalut untuk menentukan ion Mn2+ telah dijalankan. Elektrod telah disediakan dengan merendamkan rod grafit ke dalam larutan membran dan dikeringkan pada suhu bilik semalaman. Komposisi membran adalah 33 mg polivinil klorida (PVC), 2 mg natrium tetrafenilborat (NaTPB), 60 mg dietil phatalate (DEP) dan 5 mg kurkumin sebagai ionofor. Elektrod menunjukkan respon yang baik pada julat pH yang besar (pH 3 kepada 5.5) dan memberikan respon linear dari kepekatan tx10·1 M hingga lx104 M dengan kecerunan Nernst 30.5 mV/dekad. Masa respon, had pengesanan dan jangka hayat bagi elektrod masing-masing ialah 33.5 saat, lxl0-4 M dan 16 hari. Elektrod yang dibina juga menunjukkan pemilihan yang baik terhadap ion Mn2+ berbanding beberapa ion logam lain yang dikaji. W alaubagaimanapun, elektrod menunjukkan hubungan yang tidak sama dengan kaedah AAS dalam menentukan kepekatan Mn(ll) di dalam sampel.