Kesan kepekatan gula dan kompleks tabi'i berbeza terhadap pertumbuhan dan perkembangan protokom orkid Phalaenopsis gigantea in vitro

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesan kombinasi kepekatan gula dan kompleks tabii yang berbeza terhadap pertumbuhan dan perkembangan protokom Phalaenopsis gigantea. Media asas yang digunakan adalah Knudson C (KC) yang dicampurkan dengan 0.1 % arang teraktif. Terdapat empat jenis kepekatan gula i...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zul Azfar Zulkifli
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sabah 2008
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23875/1/Kesan%20kepekatan%20gula%20dan%20kompleks%20tabi%27i%20berbeza%20terhadap%20pertumbuhan%20dan%20perkembangan%20protokom%20orkid%20Phalaenopsis%20gigantea%20in%20vitro.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23875/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesan kombinasi kepekatan gula dan kompleks tabii yang berbeza terhadap pertumbuhan dan perkembangan protokom Phalaenopsis gigantea. Media asas yang digunakan adalah Knudson C (KC) yang dicampurkan dengan 0.1 % arang teraktif. Terdapat empat jenis kepekatan gula iaitu 0, 20 %, 30 % dan 40 % manakala jenis kompleks tabii yang digunakan ialah 0.1 % Pepton, 10 % air kelapa dan 10 % ekstrak kentang. Protokom yang digunakan adalah protokom yang mempunyai 1 daun tanpa akar. Pertumbuhan diukur dengan menentukan peratus bilangan protokom yang menghasilkan 1 daun dengan 1 akar, 1 daun dengan 2 akar, 2 daun tanpa akar, 2 daun dengan 1 akar, 2 daun dengan 2 akar. Keputusan yang diperoleh mendapati media KC yang ditambah 10% ekstrak kentang tanpa gula menunjukkan 33.33 % anak benih berdaun 2 dengan 1 akar manakala media KC yang ditambah dengan 20 %, 30 % dan 40 % gula dengan kombinasi kompleks tabii berbeza telah menyebabkan kematian protokom yang tinggi. Kepekatan gula 0 % menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap pertumbuhan dan perkembangan P. gigantea. Tiada sebarang perbezaan signifikan terhadap pertumbuhan dan perkembangan P. gigantea ditunjukkan oleh kompleks tabii.