Bioremediation of oil sludge (diesel) by using labscale land farming technology
Terdapat banyak jenis mikrob telah dijumpai dalam sekitar sekeliling kita dan terdapat beberapa jenis mikrob mempunyai keupayaan untuk mengdegradasikan hidrokarbon. Kajian ke atas keupayaan biodegradasi diesel oleh mikrob ReTOS-Wl, ReTOS-Crl, dan koktel (ReCO-Cr2, RdPOS-Crl, ReTOS-Cr2, ReTOS-Cr3, Re...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Academic Exercise |
Language: | English |
Published: |
Universiti Malaysia Sabah
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23874/1/Bioremediation%20of%20oil%20sludge.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23874/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Terdapat banyak jenis mikrob telah dijumpai dalam sekitar sekeliling kita dan terdapat beberapa jenis mikrob mempunyai keupayaan untuk mengdegradasikan hidrokarbon. Kajian ke atas keupayaan biodegradasi diesel oleh mikrob ReTOS-Wl, ReTOS-Crl, dan koktel (ReCO-Cr2, RdPOS-Crl, ReTOS-Cr2, ReTOS-Cr3, ReTOS-Cr4, dan RePOS-Wl) telah dijalankan dengan menggunakan teknologi landfaming. Daripada kajian, didapati bahawa koktel dapat mengdegradasikan diesel sebanyak 54.31 %. Kultur tunggal ReTOS-Wl pula dapat mengdegradasikan diesel sebanyak 44.87 % dan kultur tunggal ReTOS-Crl dapat mengdegradasikan diesel sebanyak 47.03 %. Daripada keputusan, ini menunjukkan bahawa koktel adalah lebih berupaya mengdegradasikan diesel daripada kultur tunggal yang lain. Parameter yang mempengaruhi keupayaan biodegradasi diesel juga ditentu ukur sepanjang tempoh kajian. Hasil kajian didapati bahawa suhu adalah berada dalam linkungan yang sesuai untuk mikrob menjalankan activiti harian iaitu 24 °C hingga 34 °C. Akan tetapi, pH sepanjang tempoh kajian pula adalah sedikit asid iaitu 4 hingga 5.6. Kelembapan tanah pula adalah tidak berada dalam lingkungan yang sesuai iaitu 5 % hingga 20 %. Hasit dari kajian menunjukkan kesan kelembapan tanah lebih mempengaruhi keupayaan biodegradasi berbanding dengan pH dan suhu. |
---|