Pemilihan pasangan hidup dalam kalangan bella institusi pengajian tinggi di Sabah

Kajian ini melibatkan 810 orang belia yang menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam di Sabah. Tujuan kajian ini adalah untuk membina alat kajian yang mengukur faktor pemilihan pasangan dalam kalangan belia. Item-item yang dibina adalah berdasarkan dapatan daripada kajian kualitatif i...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Murnizam Halik, Jasmine Adela Mutang, Sharon Kwan Sam Mee, Carmella E. Ading, Ferlis Bahari, Nur Farhana Ardillah Aftar
Format: Research Report
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sabah 2012
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22880/1/Penelitian%20semasa%20status%20penilaian%20impak%20sosial%20di%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22880/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini melibatkan 810 orang belia yang menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam di Sabah. Tujuan kajian ini adalah untuk membina alat kajian yang mengukur faktor pemilihan pasangan dalam kalangan belia. Item-item yang dibina adalah berdasarkan dapatan daripada kajian kualitatif iaitu dengan menggunakan kaedah perbincangan kumpulan berfokus. Setelah itu, alat kajian Skala Pemilihan Pasangan (Mate Selection Scale) dibentuk berdasarkan item-item yang diperolehi daripada perbincangan kumpulan berfokus. Fasa yang kedua adalah berbentuk kajian kuantitatif iaitu dengan mentadbir alat kajian Skala Pemilihan Pasangan kepada 785 belia yang terlibat. Hasil dapatan kajian kuantitatif memerihalkan pemilihan pasangan belia. Kajian ini juga bertujuan untuk memperihalkan item alat kajian pemilihan pasangan mengikut faktor demografi subjek. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan ujian statistik deskriptif yang merangkumi kekerapan dan peratusan bagi setiap faktor demografi dan item pemilihan pasangan. Dapatan kajian menunjukkan corak pemilihan pasangan adalah berbeza mengikut etnik dan berbeza mengikut faktor demografi. Model Pemilihan Pasangan turut terbentuk berdasarkan dapatan kajian ini. Sehubungan itu, beberapa implikasi dan cadangan turut dikemukakan.