Chemical Composition (Phosphorus, Oil & Grease) in drainage water around Kota Kinabalu city centre area

Fokus utama kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan komposisi ortofosfat dan minyak & gris di dalam air longkang di kawasan pusat Bandar Kota Kinabalu. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan bagaimana kandungan kedua -dua parameter ini tersebar mengikut kawasan serta menentukan sama ad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suzita Anan
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sabah 2007
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22586/1/Chemical%20coposition%20%28phosphorus%2C%20oil%20and%20grease%29%20in%20drainage%20water%20around%20Kota%20Kinabalu%20city%20centre%20area.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22586/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Fokus utama kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan komposisi ortofosfat dan minyak & gris di dalam air longkang di kawasan pusat Bandar Kota Kinabalu. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan bagaimana kandungan kedua -dua parameter ini tersebar mengikut kawasan serta menentukan sama ada pembuangan minyak & gris ke dalam saliran pant tersebut adalah mematuhi piawai nasional bagi pembuangan sisa efluen. Penyelidikan ini melibatkan kedua-dua pengukuran di lapangan dan analisis makmal. Parameter fizikal iaitu pH, oksigen terlarut (DO), kekonduksian dan suhu diukur secara terus di lapangan. Manakala bagi parameter kimia, analisis makmal menggunakan kaedah Asid Askorbik dan gravimetri dilakukan untuk menentukan kandungan ortofosfat dan minyak & gris masing-masing. Tujuh saliran pant yang terletak di Api-Api, Pasar Segar Awam, Jalan Gaya, Taman Bandaraya, Kg. Air dan Asia City dipilih sebagai tempat persampelan. Persampelan dijalankan sebanyak dua kali pada hari yang berbeza bagi setiap lokasi tersebut. Berdasarkan kajian ini, didapati kandungan ortofosfat berada dalam julat antara 0.3 mgl-' hingga 3.2 mgl"1. Manakala kandungan minyak & gris adalah dalam julat 30 mgl-' hingga 123 mgl"'. Kedua-dua parameter tidak tersebar secara seragam di sekitar kawasan pusat Bandar Kota Kinabalu di mana keputusan adalah berbeza mengikut lokasi saliran parit tersebut dan kegiatan yang dijalankan dalam setiap kawasan tertentu. Kawasan Pasar Segar Awam dan Api-Api mengandungi kuantiti paling tinggi bagi kedua-dua ortofosfat dan minyak & gris. Jalan Gaya mempunyai kandungan paling rendah bagi kedua-dua parameter tersebut. Pembuangan minyak & gris di semua lokasi kajian melebihi piawai efluen (Piawai A, B) dalam Akta Kualiti Alam Sekitar (Efluen Industri & Kumbahan) Peraturan 1979.