Keparahan kemarau hidrologi di Lembangan Sungai Lui, Hulu Langat Selangor

Kemarau hidrologi merupakan fenomena kekurangan air yang ekstrem yang selalunya memberikan impak ke atas kehidupan normal manusia.Impak kemarau ini amat bergantung pada tahap keparahan sesuatu peristiwa kemarau. Tahap keparahan kejadian kemarau hidrologi boleh digambarkan melalui tempoh atau jumlah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nordin Sakke, Hamirdin Ithnin, Mapa, Mohammad Tahir Mapa, Azali Saudi
Format: Article
Language:English
English
Published: School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22191/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22191/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22191/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemarau hidrologi merupakan fenomena kekurangan air yang ekstrem yang selalunya memberikan impak ke atas kehidupan normal manusia.Impak kemarau ini amat bergantung pada tahap keparahan sesuatu peristiwa kemarau. Tahap keparahan kejadian kemarau hidrologi boleh digambarkan melalui tempoh atau jumlah defisit kemarau. Tempoh kemarau yang panjang dan jumlah defisit air yang tinggi merupakan petunjuk penting bagi keekstreman kemarau. Artikel ini mengkaji tahap keparahan kemarau di lembangan Sungai. Lui, Hulu Langat, Selangor. Dalam konteks kajian ini, nilai lampauan (persentil - Q) daripada keluk tempoh alir (KTA) digunakan untuk menentukan peristiwa kemarau. Tempoh 48 tahun data luahan bagi stesen Lui digunakan bagi menentukan nilai Q. Dengan menggunakan persentil Q70 = 1.15 m3s-1sebagai paras ambang (PA) asas kemarau yang diperoleh daripada KTA, didapati tempoh dan jumlah defisit luahan yang terhasil adalah berbeza mengikut kelas keparahan kemarau. Berpandukan kepada analisis, tempoh kumulatif kemarau yang melanda ialah selama 2061 hari pada PAQ70, 1742 hari pada PAQ80, 542 hari pada PAQ90 dan 204 hari pada PAQ95. Tempoh peristiwa kemarau terpanjang direkodkan pada tahun 1989 iaitu 250 hari. Bagi jumlah defisit kumulatif pula, PAQ70 mencatatkan jumlah sebanyak 1183 m3s-1, Q80 sebanyak 598 m3s-1, Q90 sebanyak 116 m3s-1 sebanyak 148 m3s-1. Daripada jumlah ini, 49.5 % dikategorikan sebagai Kemarau Biasa (Q70 – Q79.9), 40.7 % dikategorikan sebagai Agak Kemarau (Q80 – Q89.9), 7.3 % dikategorikan Kemarau Sederhana (Q90 – Q94.9) dan selebihnya iaitu 2.5 % dikategorikan Parah (Q95 ke atas).