Ekspresi Budaya Tradisional Dalam Era Dunia Tanpa Sempadan: Cabaran Terkini

Ekspresi budaya tradisional/cerita rakyat atau Traditional Cultural Expressions (TCE) sebagai harta intelek menjadi topik hangat di seluruh dunia. Atas pelbagai alasan, TCE mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Rata-rata yang melihat persoalan TCE ini dari perspektif undang-undang, ekonomi dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hashim Awang
Format: Article
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/21603/1/Ekspresi%20Budaya%20Tradisional%20Dalam%20Era%20Dunia%20Tanpa%20Sempadan.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/21603/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ekspresi budaya tradisional/cerita rakyat atau Traditional Cultural Expressions (TCE) sebagai harta intelek menjadi topik hangat di seluruh dunia. Atas pelbagai alasan, TCE mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Rata-rata yang melihat persoalan TCE ini dari perspektif undang-undang, ekonomi dan etika. Menurut perspektif undang-undang, aspek yang diberikan penekanannya adalah kepada hak milik (khususnya copyright), manakala dari perspektif ekonomi penekanannya adalah kepada keuntungan ekonomi yang boleh diperoleh melalui TCE. Dari segi etika pula, sebagai pencinta budaya wajarkah pengubahsuaian dibuat pada TCE kerana TCE adalah jati diri masyarakat yang menghasilkannya dan sebagai khazanah ilmu dan nilai-nilai murni masyarakat berkenaan. Mereka bersependapat ekspresi budaya tradisional diberikan perlindungan. Tetapi mereka tidak sependapat tentang bentuk atau bentuk-bentuk perlindungan yang wajar diberikan? Isu ini masih menjadi satu polemik hangat yang dibincangkan dalam kalangan pengkaji sastera rakyat. Justeru, makalah pendek ini akan meninjau beberapa isu berkaitan dengan TCE dalam era globalisasi ini dengan tumpuan diberikan terhadap konteks Barat dan Malaysia.