Menjejaki keadilan, budaya dan komunikasi pengadil bola sepak

Secara umum keterampilan komunikasi pengadil memainkan peranan penting dalam menentukan reaksi pemain terhadap keputusan pengadil. Walau bagaimanapun, sedikit sahaja diketahui tentang pengaruh relatif antara amalan dan gaya komunikasi pengadil yang berlainan terhadap pemain, mahupun perbezaan diseba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Peter Simmons, Lee, Kuok Tiung
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20567/1/Menjejaki%20keadilan.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20567/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Secara umum keterampilan komunikasi pengadil memainkan peranan penting dalam menentukan reaksi pemain terhadap keputusan pengadil. Walau bagaimanapun, sedikit sahaja diketahui tentang pengaruh relatif antara amalan dan gaya komunikasi pengadil yang berlainan terhadap pemain, mahupun perbezaan disebabkan budaya. Sehingga kini pengadil bola sepak masih bergantung kepada kurikulum yang berubah-ubah untuk mengetahui perkembangan strategi komunikasi yang efektif (Mellick et al. 2005) yang boleh digunakan dalam perlawanan bola sepak. Makalah ini mempersembahkan kerangka konseptual satu kajian peringkat antarabangsa berhubung reaksi pemain terhadap paparan komunikasi pengadil yang berlainan. Tujuannya adalah untuk menguji pandangan yang diterima umum tentang bola sepak dan dapatan hasil kajian sebelum ini berkenaan komunikasi pengadil, dan cara-cara seseorang melihat keadilan. Usaha ini berasaskan kepercayaan akan pentingnya memahami perkara yang mempengaruhi persepsi terhadap keadilan bagi semua lapisan masyarakt. Kajian masa lalu menunjukkan apabila seseorang melihat keadilan dalam keputusan, mereka cenderung untuk bertindak secara lebih pro-sosial dan bekerjasama (van den Bos et al. 2005). Paling penting adalah persepsi terhadap keadilan sebenarnya bukan semata-mata berasaskan keputusan, sebaliknya keadilan secara berasingan dipengaruhi oleh proses membuat keputusan dan cara seseorang dilayan oleh pembuat keputusan (Lind 2001). Bersandarkan hujah Leung (2005), Hall dan Reed-Hall (1990), dan Hofstede (1980), kajian meramal budaya nasional akan mempengaruhi respons pemain bola sepak terhadap paparan komunikasi pengadil. Makalah ini berakhir dengan membincang kaedah vignet quasi-eksperimental yang diguna untuk menguji kesan kemarahan, penjelasan dan umur pengadil dengan persepsi pemain tentang keadilan di tiga buah negara yang mempunyai ciri-ciri budaya yang berbeza, iaitu Australia, Malaysia dan Sepanyol.