Menghidupkan semula semangat nusantara melalui pengajian sejarah maritim di Alam Melayu
IKHTISAR: Sejarah telah membuktikan bahawa laut di kepulauan Asia Tenggara telah memainkan peranan yang cukup penting dalam pembinaan peradaban di Alam Melayu ini, seperti yang pernah dibuktikan oleh kerajaan Srivijaya dan Majapahit di Indonesia; Kesultanan Melayu Melaka di Malaysia; Kesultanan Brun...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20566/1/Menghidupkan%20semula%20semangat%20nusantara%20melalui%20pengajian%20sejarah%20maritim%20di%20Alam%20Melayu.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20566/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | IKHTISAR: Sejarah telah membuktikan bahawa laut di kepulauan Asia Tenggara telah memainkan peranan yang cukup penting dalam pembinaan peradaban di Alam Melayu ini, seperti yang pernah dibuktikan oleh kerajaan Srivijaya dan Majapahit di Indonesia; Kesultanan Melayu Melaka di Malaysia; Kesultanan Brunei di Negara Brunei Darussalam; dan Kesultanan Sulu di Filipina. Untuk merealisasikan misi dan visi penyatuan nasion di rantau Asia Tenggara atau Alam Melayu ini, maka satu anjakan paradigma dalam polisi pemerintah dan minda rakyat perlu dilakukan terlebih dahulu, melalui proses penyelidikan dan pendidikan, yakni melihat laut sebagai penyatu bukan pemisah. Dalam kerangka yang lebih besar pula, semua nasion di rantau ini perlu memupuk satu semangat dan kesedaran bahawa sejarah dan budaya maritim di kepulauan Alam Melayu adalah milik dan warisan bersama. Ini bertujuan untuk menghidupkan semula perkongsian warisan sejarah, kebudayaan, dan kesenian maritim; menyedarkan rakyat di rantau ini bahawa laut pada hakikatnya mampu mempersatukan nasion; dan memperlihatkan kepada dunia akan intim dan kuatnya hubungan baik antara negara-bangsa di rantau Asia Tenggara atau Alam Melayu ini. |
---|