Memanfaat pengalaman akademik ekspatriat : dasar dan polisi pengantarabangsaan Universiti Malaysia Sabah

Pelan Strategik Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2013-2017 dirangka menggariskan tujuh (7) Bidang Keberhasilan Utama Universiti iaitu UMS-KRAs (UMS Key Result Areas), MMS-KRA3 bersandarkan objektif strategik iaitu “Mempertingkatkan Keterlihatan Reputasi di Peringkat Antarabangsa” (Enhancing Internat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Irma Wani Othman, Norazah Mohd Suki, Muhammad Safuan Yusoff, Nor Arifah Mohd Noor
Format: Article
Language:English
Published: Labuan Faculty of International Finance, Universiti Malaysia Sabah 2014
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20564/1/Memanfaat%20pengalaman%20akademik%20ekspatriat.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20564/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelan Strategik Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2013-2017 dirangka menggariskan tujuh (7) Bidang Keberhasilan Utama Universiti iaitu UMS-KRAs (UMS Key Result Areas), MMS-KRA3 bersandarkan objektif strategik iaitu “Mempertingkatkan Keterlihatan Reputasi di Peringkat Antarabangsa” (Enhancing International Visibility and Reputation)(UMS, 2013). Bagi mencapai matlamat tersebut, UMS menekankan keperluan untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi dalam menyumbang ke arah pembangunan pendidikan negara. Bersandarkan kepada hasrat yang diwarwarkan, penglibatan kakitangan akademik bertaraf antarabangsa dilihat perlu bagi menjadikan UMS relevan dan berdaya saing. Kajian ini bersandarkan dua objektif iaitu (i) mengenalpasti pengalaman ekspatriasi akademik ekspatriat di UMS dan (ii) mengemukakan cadangan terhadap dasar dan polisi pengantarabangsaan UMS berdasarkan pengalaman ekspatriasi akademik ekspatriat tersebut. Hasil kajian yang diperolehi berupaya menyumbang kepada (i) kefahaman refleksi diri pengalaman ekspatriasi perorangan bagi ahli akademik yang berkeinginan berekspatriat secara berdikari dan (ii) input yang signifikan kepada majikan dengan menyumbangkan data empirikal serta perspektif berguna bakal majikan berhubung isu pengambilan dan pemilihan kakitangan antarabangsa untuk diimplementasikan secara khusus ke dalam dasar dan polisi pengantarabangsaan UMS.