Pemerintahan Barisan Nasional di Sarawak, 1963-2006: satu analisis

Makalah ini bertujuan memberikan pendedahan awal tentang faktor yang menyehahkan Barisan Nasional (sebelum 1971 dikenali sebagai Perikatan Sarawak) berjaya mengekalkan penguasaannya dalam persaingan politik di Sarawak sejak 1963 lagi. Mengapa dan bagaimana izzah politik Barisan Nasional (BN) di Sar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nordi Achie
Format: Article
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20520/1/Pemerintahan%20Barisan%20Nasional%20di%20Sarawak.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20520/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini bertujuan memberikan pendedahan awal tentang faktor yang menyehahkan Barisan Nasional (sebelum 1971 dikenali sebagai Perikatan Sarawak) berjaya mengekalkan penguasaannya dalam persaingan politik di Sarawak sejak 1963 lagi. Mengapa dan bagaimana izzah politik Barisan Nasional (BN) di Sarawak dapat dipertahankan selama hampir 43 tahun, merupakan persoalan akar yang dikupas menerusi makalah kerdil ini. Perlu dinyatakan, makalah ini dihasilkan menerusi pemerhatian penulis terhadap terowong politik di Sarawak sejak sedekad yang lalu, di samping meneliti fakta-fakta sejarah mengenai kedirgahayuan BN dalam sasana pilihanraya negeri. Oleh itu, makalah ini juga bertujuan memberikan pendedahan awal secara bandingan mengenai pengaruh dan populariti BN dengan parti-parti pesaingnya pada masa-masa mendatang khasnya dalam kerangka kehidupan berpolitik di Sarawak. Sungguhpun begitu, ini tidaklah bermakna era pemerintahan BN di Sarawak tidak mempunyai kelemahan; malah terdapat beberapa isu (seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme, nepotisme, pembangunan tanah, pengagihan balak, perebutan jawatan, politik wang, kepentingan kesukuan, keadilan, hak asasi, kebebasan, ketelusan dan sebagainya) yang pernah diungkitbangkitkan dalam pilihanraya tempatan. Bagaimanapun, sehingga kini, isu-isu tersebut dilihat belum lagi mampu menggugat sokongan dan merobek kepercayaan majoriti pengundi tempatan terhadap BN Sarawak.