Kesan media ke atas proliferasi protokom Phalaenopsis gigantea

Kajian kesan bahan pengawalatur tumbesaran tumbuban dan bahan kompleks ke atas proliferasi protokom Phalaenopsis gigantean telah dilakukan. Protokom yang digunakan di dalam eksperimen ini telah diperolehi basil daripada percambahan biji benih pada media New Dogashima (NDM). Protokom tersebut tela...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Idzyani Ibrahim
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20495/1/Kesan%20media%20ke%20atas%20proliferasi.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20495/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kesan bahan pengawalatur tumbesaran tumbuban dan bahan kompleks ke atas proliferasi protokom Phalaenopsis gigantean telah dilakukan. Protokom yang digunakan di dalam eksperimen ini telah diperolehi basil daripada percambahan biji benih pada media New Dogashima (NDM). Protokom tersebut telah dipotong pada dasarnya dan dikultur di atas media New Dogashima, yang ditambahkan dengan pengawalatur tumbesaran tumbuhan seperti Thidiazuron (TDZ) (0.1, 0.3, dan 0.5 mg/l) dan 6-benzylaminopurin (BAP) (0.1, dan 0.3 mg/l) serta bahan kompleks seperti air kelapa (5.0, 7.0, dan 10.0 % v/v) dan serbuk ubi kentang (1.0, 1.5, dan 3.0% w/v) secara individu. Hasil kajian selama 90 hari mendapati adanya perbezaan yang signifikan (p < 0.05) di antara kesemua rawatan yang diguna terhadap proliferasi protokom. Media NDM + 1.5% w/v serbuk ubi kentang telah didapati mampu memberikan peratus proliferasi protokom yang maksimum (100.00 ± 0.00) dengan jumlah protokom baru terhasil yang tertinggi (31.33± 6.03) sementara media NDM + 0.1 mg/l BAP pula mencatatkan peratus protokom terendah dengan 88.33 ± 0.58 dan jumlah protokom baru terbasil sebanyak 21.00 ± 3.00. Media NDM + 7.0 % v/v pula didapati mampu meransang twnbesaran protokom dengan mengbasilkan 60.00 ± 1.73 % protokom pada peringkat keenam pada hari ke 60 pengkulturan.