Potensi orkid sebagai produk pelancongan alam semulajadi di Sabah
Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan satu produk perlancongan alam semulajadi yang baru menerusi "Pelancongan Orkid". Objektif kajian ini adalah untuk menentukan potensi orkid sebagai produk pelancongan alam semulajadi yang baru di Sabah menerusi tiga kriteria iaitu tarikan morfolo...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Academic Exercise |
Language: | English |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20478/1/Potensi%20orkid%20sebagai%20produk%20pelancongan.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20478/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan satu produk perlancongan alam semulajadi
yang baru menerusi "Pelancongan Orkid". Objektif kajian ini adalah untuk menentukan
potensi orkid sebagai produk pelancongan alam semulajadi yang baru di Sabah menerusi
tiga kriteria iaitu tarikan morfologi, keternampakan dan juga hubungkait dengan
kebudayaan masyarakat setempat, untuk mengetahui spesies yang sesuai untuk
diperkenalkan dalam "Pelancongan Orkid" dan juga untuk mengetahui diversiti orkid di
kawasan Ulu Kimanis, Taman Banjaran Crocker. Empat buah kampung di sekitar
kawasan Ulu Kimanis iaitu Kampung Kinolodoson, Kampung Penampang Baru,
Kampung Gadong dan Kampung Brunei telah dipilih untuk tujuan kajian soal selidik.
Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan dua set borang soal selidik iaitu set
Bahasa Malaysia untuk penduduk tempatan dan set Bahasa Inggeris untuk para
pelancong (domestik dan antarabangsa). Temubual separa berstruktur juga turut
dilakukan ke atas ketua kampung dan beberapa penduduk tempatan untuk mendapatkan
pengetahuan tradisional yang berkaitan dengan orkid. Selain itu, persampelan juga telah
dilakukan di lima trail iaitu Trail 4,7,8,11 dan Trail Crocker. Secara keseluruhannya 4, 2
spesies dan 136 individu orkid telah direkodkan dan Indeks kepelbagaian Shannon-
Weiner (H') pula menunjukkann ilai kepelbagaian orkid sebanyak 3 .1324. Dalam kajian
soal selidik pula, jumlah keseluruhan responden yang terlibat ialah 77 orang. Seramai
95.5% responden menyokong cadangan untuk memperkenalkan orkid sebagai produk
pelancongan alam semulajadi yang baru. Tarikan morfologi diukur menerusi keindahan
orkid dan perasaan responden terhadap orkid. Sebahagian besar responden bersetuju
berpendapat bahawa orkid kelihatan menarik disebabkan oleh warna dan rekabentuk
bunga yang unik. Keternampakan orkid juga adalah agak tinggi (skala 5-10) di kawasan
kampung. Hubungkait dengan kebudayaan masyarakat setempat pula diukur melalui
penggunaan dalam amalan tradisi dan kepercayaaan. Kebanyakan penduduk kampung
tidak mempunyai sebarang kepercayaan tentang orkid kerana menganggap ia adalah
karut. Hasil daripada kajian membuktikan bahawa orkid telah memenuhi ketiga-tiga
kriteria yang dinyatakan. Spesies-spesies seperti Acanthephippium lilacinum,
Bulbophyllum mandibulare, Bulbophyllum nabawanense, Gramatophyllum speciosum,
Phalaenopsis amabilis, Aerides odorata, dan Bulbophyllum lobii berpotensi untuk
diperkenalkan di bawah" Pelancongan Orkid". |
---|