Akumulasi faseolin pada kotiledon dan biji benih kacang buncis melalui Elicitor abiotik : radiasi ultra ungu

Fitoalexin merupakan bahan yang dihasilkan oleh tumbuhan hanya selepas dielisitasi oleh pelbagai agen biotik dan abiotik. Faseolin merupakan sejenis fitoalexin yang dihasilkan oleh kacang buncis. Fitoalexin diekstrak daripada kotiledon dan biji benih kacang buncis tanpa kotiledon yang dielisitasi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sofiah Othman
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20241/1/Akumulasi%20faseolin%20pada%20kotiledon.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20241/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Fitoalexin merupakan bahan yang dihasilkan oleh tumbuhan hanya selepas dielisitasi oleh pelbagai agen biotik dan abiotik. Faseolin merupakan sejenis fitoalexin yang dihasilkan oleh kacang buncis. Fitoalexin diekstrak daripada kotiledon dan biji benih kacang buncis tanpa kotiledon yang dielisitasi dengan radiasi UV. Tempoh masa elisitasi radiasi UV ini adalah selama 10,20 dan 30 mint. Ekstraksi dilakukan menggunakan metanol 100 %. Pelet yang tertinggal diekstrak semula dengan menggunakan metanol 100 % dan diruapkan menggunakan evaporator. Faseolin dikenalpasti melalui jalur bewarna biru muda pada plat TLC dan mempunyai nilai Rf 0.58. Zon jalur tersebutd ikikis dan faseolin dilarutkan denganm enggunakanm etanol 100%. Kepekatan faseolin ditentukan dengan menggunakan UV spektrofotometer pada panjang gelombang 280 nm. Didapati faseolin hanya disintesis pada kotiledon yang dielisitasi selama 10,20 dan 30 mint sahaja dan tidak disintesis pada biji benih tanpak otiledon padak esemuate mpohm asae lisitasi. Perbandingan kepekatan faseolin antara tempoh masa elisitasi menunjukkan kepekatan faseolin meningkat dengan pertambahan masa radiasi UV tetapi turun semula jika menerima radiasi UV yang berlebihan. Kajian menunjukkan terdapat korelasi positif yang menunjukkan hubungkait antara masa elisitasi radiasi UV dengan sintesis faseolin.