Kajian populasi buaya air masin, Crocodylus Porosus di Sungai Klias, Sabah

Sebanyak tiga tinjauan telah dilakukan untuk mengkaji populasi buaya air masm, Crocodylus porosus di Sungai Klias, Sabah. Tinjauan dilakukan pada bulan Januari sehingga Februari 2008 merangkumi sepanjang lebih kurang 37 kilometer Sungai Klias. Buaya yang dikesan dikelaskan ke dalam tujuh kategori...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Marlina Lasama
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20140/1/Kajian%20populasi%20buaya%20air%20masin.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20140/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sebanyak tiga tinjauan telah dilakukan untuk mengkaji populasi buaya air masm, Crocodylus porosus di Sungai Klias, Sabah. Tinjauan dilakukan pada bulan Januari sehingga Februari 2008 merangkumi sepanjang lebih kurang 37 kilometer Sungai Klias. Buaya yang dikesan dikelaskan ke dalam tujuh kategori kelas iaitu: Kelas 1 (≤0.5); Kelas 2 (0.5 - ≤1.0); Kelas 3 (> 1.0 - ≤1.5); Kelas 4 (> 1.5 - ≤2.0); Kelas 5 (> 2.0 - ≤3.0); Kelas 6 (> 3.0) dan Kelas 7 (Mata Sahaja). Setiap koordinat lokasi di mana buaya dikesan telah ditandakan menggunakan GPS (Global Positioning System). Sejumlah 71 individu telah dikesan dengan kepadatan minimum di antara 0.49 - 0.89 km⁻¹. Kelas 1 mencatatkan kekerapan yang paling tinggi iaitu 63.38% diikuti dengan Kelas 7 iaitu 19.72%. Kelas 2 mencatatkan sebanyak 14.08% dan Kelas 3 sebanyak 2.82%. Kepadatan populasi buaya di Sungai Klias adalah stabil dan dapat dibandingkan dengan kepadatan populasi pada kajian sebelum ini. Struktur populasi buaya menunjukkan bahawa buaya masih lagi dapat membiak dengan baik di Sungai Klias. Berdasarkan bilangan individu anak buaya yang tinggi, Sungai Klias merupakan kawasan yang diperlukan sebagai habitat untuk pemuliharaan Crocodylus porosus di Sabah.