Tinjauan awal kepelbagaian kupu-kupu di plot tetap Mahua, Taman Bnjaran Crocker dengan menggunakan teknik perangkap

Tinjauan awal fauna kupu-kupu telah dijalankan bermula pada 18 November hingga 21 Disember 2006 di Plot Tetap Mahua, Taman Banjaran Crocker. Persampelan ini dilakukan sebanyak dua kali · sepanjang tempoh ini, iaitu setiap kali persampelan mengambil selama 12 hari. Objektif kajian ini adalah untuk me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Chan, Jin Tien
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20053/1/Tinjauan%20awal%20kepelbagaian%20kupu-kupu%20di%20plot%20tetap%20Mahua.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20053/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tinjauan awal fauna kupu-kupu telah dijalankan bermula pada 18 November hingga 21 Disember 2006 di Plot Tetap Mahua, Taman Banjaran Crocker. Persampelan ini dilakukan sebanyak dua kali · sepanjang tempoh ini, iaitu setiap kali persampelan mengambil selama 12 hari. Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan data tinjauan awal kepelbagaian kupu-kupu di Plot Tetap Mahua dan bilangan individu serta spesies kupu-kupu yang dapat ditangkap dengan menggunakan perangkap berumpan. Penggunaan teknik perangkap berumpan menggunakan umpan pisang untuk persampelan kupu-kupu. Jumlah spesies yang berjaya direkod ialah 12 spesies dan sebanyak 34 individu. Jumlah spesies yang diperolehi terdiri daripada satu famili sahaja, iaitu, Nymphalidae merangkumi tiga subfamili, iaitu Morphinae, Nymphalinae dan Satyrinae. Nilai indeks kepelbagaian Shannon-Weiner (H') dalam kajian ini adalah 2.16. Dalam kajian ini, kadar kumulatif spesies didapati mencapai ketepuan. Ujian korelasi menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara kepadatan litupan kanopi hutan dengan kepelbagaian. Secara keseluruhannya, Kebanyakkan spesies yang disampel dalam kajian ini mempunyai nilai pemuliharaan yang tinggi kerana ter.dapat satu spesies yang endemik terhadap Borneo, iaitu Mycalesis amoena dan kebanyakan spesies hanya bertabur di Tanah Sunda sahaja.