Kajian kepekatan logam berat dalam sedimen Lagun Likas

Kajian kepekatan logam berat dalam sedimen Lagun Likas dilakukan bagi mencari perhubungan di antara nilai pH, kandungan bahan organik juga saiz partikel berdiameter < 0.063 mm dengan kepekatan logam herat yang terjerap pada sedimen Lagun Lilcas. Pencarian perbubungan di antara ketiga-tiga pemb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Izzati Idris
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19776/1/Kajian%20kepekatan%20logam%20berat.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19776/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kepekatan logam berat dalam sedimen Lagun Likas dilakukan bagi mencari perhubungan di antara nilai pH, kandungan bahan organik juga saiz partikel berdiameter < 0.063 mm dengan kepekatan logam herat yang terjerap pada sedimen Lagun Lilcas. Pencarian perbubungan di antara ketiga-tiga pemboleh ubah ini adalah penting bagi mengetahui hubung kait di antara nilai pH, kandungan bahan organik juga sedimen berdiameter < 0.063 mm dengan kepekatan logam berat yang terjerap di dalam sedimen. Bagi memenuhi objektif kajian ini, analisa makmal dilakukan bagi memperoleh data pH. kandungan bahan organik juga saiz partikel sedimen, disamping penggunaan mesin Spektrofotometer Serapan Atom (AAS) bagi memperoleh keputusan kepekatan logam berat terjerap di dalam sampel sedimen Lagun Likas. Logam kromium, kuprum, plumbum juga zink memherikan keputusan positifbagi ujian kepekatan logam beratnya, manakala logam kadmium memberikan keputusan kepekatan negatif, di mana kepekatannya bawah julat pengesanan mesin AAS. Ujian kolerasi Pearson dilakukan bagi mencari perhubungan di antara nilai pH, kandungan bahan organik juga saiz partikel berdiameter < 0.063 mm dengan kepekatan logam berat yang terjerap pada sedimen Lagun Likas. Keputusan perbubungan di antara pH sedimen dengan kepekatan logam berat yang dijerap menunjukkan tiada perbubungan yang signifikan di antara parameter ini dengan kepekatan logam berate Pola perhubungan yang sarna diperolehi bagi ujian kolerasi kandungan bahan organik dengan kepekatan logam berat di sedimen Lagun Likas. Tiada perhubungan yang signiflkan di antara kandungan bahan organik dengan kepekatan logam berat. Bagi pemboleh ubah sedimen berdiameter < 0.063 nun, logam kuprum memberikan perbubungan negatif, sekaligus menafikan perkaitan bahawa semak.in halus saiz partikel sedimen, semakin tinggi kebolehannya menjerap logam berat. Namun bagi logam kromium, plumbum juga zink, tiada perhubungan signifikan yang dapat dikaitkan, sekaligus menyokong penyata bahawa tidak semua logam berat mampu dijerap dengan baik pada sedimen berdiameter < 0.063 mm