Belajar untuk melindungi : meneroka pengalaman kanak-kanak dalam membangunkan sikap saintifik dan kefahaman konseptual terhadap kesedaran pemuliharaan serangga

Kajian ini merupakan satu bentuk penerokaan minda terhadap kanak-kanak berasaskan pengalaman untuk membangunkan sikap saintifik dan kefahaman konseptual terhadap kesedaran pemuliharan serangga. Reka bentuk kajian fenomenologikal ini menggabungkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Kerangka k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shahrir Affandi Daud @ Mohamed
Format: Thesis
Language:English
Published: 2009
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19725/1/Belajar%20untuk%20melindungi.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19725/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini merupakan satu bentuk penerokaan minda terhadap kanak-kanak berasaskan pengalaman untuk membangunkan sikap saintifik dan kefahaman konseptual terhadap kesedaran pemuliharan serangga. Reka bentuk kajian fenomenologikal ini menggabungkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Kerangka konseptual kajian dibangunkan berasaskan Model Dalaman pemuliharaan yang terdiri daripada empat peringkat iaitu pengetahuan, nilai empati, sikap menyokong dan tingkah laku pemuliharaan. Pemilihan sekolah dibuat dengan menggunakan persampelan berkelompok. Sampel kajian terdiri daripada 356 orang pelajar dari tiga buah sekolah iaitu sekolah perempuan, sekolah lelaki dan sekolah bercampur. Hasil Fasa 1 yang melibatkan aktiviti melukis secara bebas dan ujian pengecaman serangga menunjukkan kanak-kanak dapat membuat pengkelasan dan pengecaman haiwan-haiwan dalam kelas Insecta. Pengetahuan kanak-kanak terhadap struktur dan morfologi serangga adalah yang baik. Miskonsepsi yang tinggi berlaku terhadap 5 Item iaitu lipan, gonggok, gegat, labah-Iabah dan jengking. Kemunculan gambaran minda di Fasa 1 digunakan untuk membangunkan penerokaan fasa 2. Persampelan rawak berstrata digunakan untuk memilih 45 orang kanak-kanak bagi mengikuti program intervensi berasaskan modul "Program Lepas Sekolah". Program ini telah dapat membantu meningkatkan kesedaran, minat dan sikap menyayangi serangga dalam kalangan kanak-kanak. Sejumlah 30 orang kanak-kanak dipilih melalui persampelan purposif untuk ditemubual. Hasil temubual menunjukkan nilai empati telah mula tercetus dalam diri kanak-kanak setelah berpeluang melalui aktiviti penerokaan secara ''hands on'" dan "minds on". Kanak-kanak mula melihat serangga sebagai elemen yang unik dan merangsang tingkah laku menyokong pengekalannya. Sikap saintifik dan kefahaman konseptual kanak-kanak turut meningkat. Persepsi kanak-kanak terhadap serangga mula berubah apabila kerangka baru terbina berdasarkan pengalaman berinteraksi dengan kepelbagaian serangga yang kaya dengan keunikannya. Triangulasi data menunjukkan terdapat anjakan perubahan dalam kerangka minda kanak-kanak terhadap serangga dan kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaannya telah meningkat secara beransur-ansur. Dalam kajian ini, perka ita n antara komponen-komponen Model Dalaman iaitu pengetahuan, empati dan sikap menyokong pemuliharaan dalam usaha membangunkan kesedaran pemuliharaan serangga dalam kalangan kanak-kanak telah dibuat. Kesimpulan kajian mendapati konsep pemuliharaan serangga boleh dibangunkan berasaskan pengalaman dalam kerangka minda yang dibangunkan secara berperingkat-peringkat.