Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual di Sekolah Menengah daerah Kudat, Sabah
Penyelidikan ini merupakan satu kajian kes kualitatif yang memberi fokus kepada kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran Guru Pendidikan Seni Visual (GPSV) sekolah menengah di Sabah. Tujuan kajian ini adalah mengkaji dan meneliti kreativiti guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran P...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19717/1/Kreativiti%20dalam%20pengajaran%20dan%20pembelajaran.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19717/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penyelidikan ini merupakan satu kajian kes kualitatif yang memberi fokus kepada
kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran Guru Pendidikan Seni Visual
(GPSV) sekolah menengah di Sabah. Tujuan kajian ini adalah mengkaji dan meneliti
kreativiti guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran PSV Tingkatan Empat.
Seramai tiga orang GPSV yang berpengalaman mengajar Pendidikan Seni Visual
melebihi sepuluh tahun di sekolah kerajaan, merupakan guru opsyen Pendidikan Seni
Visual dengan mendapat latihan perguruan dalam bidang seni visual dan pemah
mengikuti kursus dan latihan berkenaan dengan kreativiti yang dianjurkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia terlibat secara mendalam. Sampel kajian dipilih
secara purposive atau bertujuan melibatkan tiga orang GPSV, enam puluh orang
pelajar dan tiga orang pengetua. Data kajian diperoleh melalui temu bual,
pemerhatian dengan guru dan pelajar yang telah dipilih serta penelitian dokumen
termasuklah Ujian Melukis yang berkaitan dengan amalan kreativiti dalam
pengajaran dan pembelajaran. Data-data dari temu bual, pemerhatian dan dokumen
dianalisis menggunakan kod membuka, kod berpaksi dan kod memilih. Triangulasi
kaedah pengutipan data dilaksanakan dengan menggabungkan temu bual separa
berstruktur, pemerhatian di kelas dan analisis dokumen. Produk Lukisan yang
dihasilkan melalui Ujian Melukis dianalisis menggunakan Rubrik Penilaian Kreativiti
Produk Lukisan. Triangulasi sumber data juga dilakukan melibatkan GPSV, pelajar
tingkatan empat dan pengetua sekolah. Usaha ini adalah bagi mengukuhkan
keesahan dan kebolehpercayaan kajian. Dengan menggunakan kaedah analisis data
perbandingan berterusan, tema dan kategori dihasilkan dan dilaporkan secara
deskriptif dan Interpretif. Hasil kajian menunjukkan kefahaman konsep kreativiti
guru adalah baik. Kajian ini juga melihat sumbangan kefahaman konsep kreativiti
guru terhadap amalan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran PSV.
Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa tahap kefahaman guru terhadap
konsep kreativiti mempengaruhi amalan kreativiti dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Senl Visual. Keputusan juga menunjukkan bahawa
peningkatan kreativiti pelajar melalui amalan kreativiti dalam pengajaran dan
pembelajaran PSV akan lebih berkesan dengan mengaktifkan peranan guru dalam
mengamalkan lapan kemahiran kreatif yang menyokong amalan kreativiti guru dalam
pengajaran dan pembelajaran PSV iaitu kemahiran memerhati, menganalisis,
penjanaan idea, sintesis idea, penambahbaikan, penilaian idea, pelaksanaan dan
amalan berterusan termasuklah pengetahuan guru tentang kecenderungan pelajar
terhadap pembelajaran. Pandangan pelajar tentang kecenderungan terhadap
pembelajaran masing-masing memberi gambaran bahawa GPSV juga per1u
mempertimbangkan aspek kecenderungan pelajar dalam pelaksanaan amalan
kreativiti pengajaran dan pembelajaran PSV. |
---|