Amalan pengurusan kewangan sekolah oleh pengetua-pengetua di sekolah-sekolah menengah Daerah Tamparuli, Sabah
Kajian ini bertujuan untuk melihat amalan pengetua-pengetua di sekolahsekolah menengah Daerah Tamparuli sama ada pengetua-pengetua dapat memahami dan melaksanakan pengurusan kewangan sekolah selaras dengan peraturan kewangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Kajian ini juga memberi tumpuan ke...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2006
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19698/1/Amalan%20pengurusan%20kewangan%20sekolah.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19698/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk melihat amalan pengetua-pengetua di sekolahsekolah
menengah Daerah Tamparuli sama ada pengetua-pengetua
dapat memahami dan melaksanakan pengurusan kewangan sekolah
selaras dengan peraturan kewangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Kajian ini juga memberi tumpuan kepada aspek pengetahuan dan
kemahiran dalam pengurusan kewangan sekolah sebelum dan selepas
dilantik sebagai pengetua, sumber kewangan sekolah, masalah-masalah
yang dihadapi dan usaha-usaha penambahbaikan pengurusan kewangan
sekolah. Responden yang terlibat adalah pengetua-pengetua sekolah
menengah di daerah Tamparuli, Sabah. Kajian ini adalah berbentuk kajian
kualitatif. Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan instrumen
temu bual, kajian dokumen, dan juga soal selidik. Data yang diperolehi
dianalisis secara deskriptif. Berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa
pengetua-pengetua di sekolah kajian memahami dan mengurus kewangan
sekolah berdasarkan peraturan kewangan yang telah ditetapkan oleh
kerajaan dalam hampir kesemua aspek yang dikaji. Hasil kajian juga
menunjukkan bahawa sekolah-sekolah kajian memperolehi sumber
kewangan dari dua punca iaitu peruntukan dari Kementerian Pelajaran
dan dari pungutan yang dibuat oleh sekolah sendiri termasuk derma dari
para dermawan. Dapatan kajian mengenai masalah-masalah dalam
pengurusan kewangan pula termasuklah kekurangan pengetahuan dan
kemahiran dalam mengurus kewangan sekolah, kekurangan kerani
kewangan yang mahir, peruntukan yang tidak cukup dan masalah
memungut yuran daripada pelajar. Hasil kajian juga mendapati bahawa
usaha-usaha pengetua dalam menambahbaik pengurusan kewangan
sekolah termasuklah berusaha meningkatkan pengetahuan, memberi
kursus dalaman kepada kerani kewangan yang baru dilantik dan
pengagihan tugas yang sempurna. |
---|