Kesan kompleks organik ke atas proliferasi protokorm orkid Phalaenopsis Gigantea

Eksperimen dilakukan untuk menentukan kesan kompleks organik terhadap proliferasi protokom Phalaenopsis gigantea. Kajian ini menggunakan eksplan protokom yang berada pada peringkat ke-3. Eksperimen dijalankan selama 90 hari di Makmal Kultur Tis~ Universiti Malaysia Sabah dengan menggunakan rekabent...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azuwati Rohidayah Mohd Yusof
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19454/1/Kesan%20kompleks%20organik%20ke%20atas%20proliferasi%20protokorm%20orkid%20Phalaenopsis%20Gigantea.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19454/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Eksperimen dilakukan untuk menentukan kesan kompleks organik terhadap proliferasi protokom Phalaenopsis gigantea. Kajian ini menggunakan eksplan protokom yang berada pada peringkat ke-3. Eksperimen dijalankan selama 90 hari di Makmal Kultur Tis~ Universiti Malaysia Sabah dengan menggunakan rekabentuk eksperimen rawak. lengkap. Kompleks organik yang digunakan ialah 5% (v/v), 10% (v/v) dan 15% (v/v) air kelapa serta 1.5% (w/v) ubi keladi. Parameter yang dikaji ialah purata peratus protokom yang berproliferasi dan purata jumlah bilangan protokom baru yang terbentuk. Analisis statistik rnenunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan bererti pada aras keertian 0.05 di antara kesemua media rawatan yang dikaji. Setelah 90 hari kultur, media XER + 1.5% (w/v) ekstrak keladi telah mencatat nilai purata sebanyak. 53.00±36.70% protokom berproliferasi. Bagi pembentukan protokom barn, media kawalan rnencatatkan purata 19.00±13.45 selepas 90 hari kultur. Secara keseluruhannya, peratus protokom mati adalah kurang daripada 10 % untuk semua media rawatan yang dikaji.