Rancangan Malayanisasi dalam dasar pengambilan kakitangan awam di Persekutuan Tanah Melayu antara tahun 1948 hingga 1970

Artikel ini membincangkan tentang rancangan Malayanisasi dalam mempengaruhi dasar pengambilan kakitangan awam di Persekutuan Tanah Melayu (PTM) antara tahun 1948 hingga 1970. Perbincangan selama 22 tahun ini dibahagikan kepada dua tahap iaitu tahap pertama adalah antara tahun 1948 hingga 1956 yang m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sharifah Darmia Sharif Adam
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit Universiti Malaysia Sabah 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19174/1/Rancangan%20Malayanisasi%20dalam%20dasar%20pengambilan%20kakitangan%20awam%20di%20Persekutuan%20Tanah%20Melayu%20antara%20tahun%201948%20hingga%201970.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19174/7/Rancangan%20Malayanisation%20dalam%20Dasar%20Pengambilan%20Kakitangan.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19174/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini membincangkan tentang rancangan Malayanisasi dalam mempengaruhi dasar pengambilan kakitangan awam di Persekutuan Tanah Melayu (PTM) antara tahun 1948 hingga 1970. Perbincangan selama 22 tahun ini dibahagikan kepada dua tahap iaitu tahap pertama adalah antara tahun 1948 hingga 1956 yang memperlihatkan tinjauan dibuat ke atas pelaksanaan rancangan Malayanisasi semasa PTM di bawah pentadbiran kerajaan kolonial British. Kemudian, tahap kedua pula merangkumi tahun 1957 hingga 1970 yang meninjau berkenaan pelaksanaan rancangan Malayanisasi dalam perkhidmatan awam selepas PTM mencapai kemerdekaan dan berada di bawah pentadbiran kerajaan PTM. Fokus utama dalam perbincangan ini adalah untuk mengenalpasti tindakan dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan kolonial British dan kerajaan PTM untuk melaksanakan rancangan Malayanisasi dalam perkhidmatan awam yang telah meninggalkan kesan besar ke atas dasar pengambilan kakitangan awam di PTM. Hasilnya, rancangan Malayanisasi yang dilaksanakan melalui dasar pengambilan kakitangan awam dalam dua era pentadbiran tersebut didapati telah mempengaruhi peningkatan jumlah kakitangan daripada kalangan warganegara PTM yang dilantik untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam