Reka bentuk model penghalang burung pada alang pondok di Taman Pulau Tiga

Kajian ini bertujuan untuk menguji reka bentuk model penghalang burung di alang pondok di Pulau Tiga untuk mengatasi masalah yang dihadapi iaitu pencemaran najis burung yang dihasilkan oleh burung yang hinggap atau bertenggek di alang pondok di Pulau Ular. Permasalahan najis burung yang dihadapi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Nurhazwani Che Nor Salahuddin
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18959/1/Reka%20bentuk%20model%20penghalang.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18959/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menguji reka bentuk model penghalang burung di alang pondok di Pulau Tiga untuk mengatasi masalah yang dihadapi iaitu pencemaran najis burung yang dihasilkan oleh burung yang hinggap atau bertenggek di alang pondok di Pulau Ular. Permasalahan najis burung yang dihadapi oleh Taman Pulau Tiga perlu dibendung dengan kadar segera. Terdapat banyak implikasi sekiranya masalah ini tidak dibendung. Mereka menimbulkan risiko kesihatan yang serius kepada manusia dan juga menyebabkan kerugian ekonomi yang tinggi kerana kerosakan pada bangunan malah kos penyelenggaraan sangat mahal. Tambahan pula, ini sedikit sebanyak menimbulkan ketidakpuasan hati para pelancong yang hadir ke Taman Pulau Tiga kerana fasiliti yang disediakan tidak boleh digunakan. Manakala pelbagai model penghalang burung diperkenalkan di pasaran tetapi saintifik membuktikan terhadap keberkesanannya adalah kurang. Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan model penghalang burung daripada hinggap atau bertenggek di alang pondok dengan menggunakan ketuli tahan karat dan dipasang secara mendatar untuk mengurangkan keseimbangan burung. Keistimewaan model ini lalah tidak ketara di mata para pelancong dan burung tidak boleh mengcengkam keluli tahan karat kerana Ucin dan juga tahan karat sekiranya terkena air hujan dan sebagainya. Model ini juga direka dengan mementingkan kebajikan haiwan iaitu tanpa mendatangkan bahaya atau kecederaan pada burung.