Faktor-faktor 'BURNOUT' dan stres pekerjaan serta hubungannya dengan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Ranau

Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor-faktor 'burnout’ dan sumber-sumber stres pekerjaan serta hubungannya dengan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Ranau, Sabah. Kaedah kajian yang digunakan ialah tinjauan ke atas sampel yang dipilih secara rawak unt...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Serirama Ebbie
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18918/1/Faktor-faktor%20%27BURNOUT%27.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18918/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor-faktor 'burnout’ dan sumber-sumber stres pekerjaan serta hubungannya dengan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Ranau, Sabah. Kaedah kajian yang digunakan ialah tinjauan ke atas sampel yang dipilih secara rawak untuk mengukur pembolehubah. Penyelidikan ini menggunakan soal selidik ke atas sejumlah 225 orang responden yang dipilih secara rawak dalam kalangan guru-guru sekolah rendah yang melibatkan 25 buah sekolah rendah di daerah Ranau. Maklumat yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan 'Statistical packages for social sciences'(SPSS ver 21.0). Kaedah statistik deskriptif digunakan bagi mencari frekuensi, peratusan, skor min dan sisihan piawai. Statistik inferensi digunakan bagi mendapatkan hubungan dan pengaruh antara pembolehubah bebas dengan pembolehubah bersandar. Rumusan dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara burnout' dengan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Ranau. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara stres dengan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Ranau.