Faktor-fakor penyebab berlakunya tingkah laku delinkuen dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Keningau, Sabah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menjadi penyebab berlakunya tingkah laku delinkuensi dalam kalangan pelajar di tiga buah sekolah menengah luar bandar di daerah Keningau. Sampel bertujuan digunakan untuk mendapatkan maklumat, iaitu seramai 130 orang responden yang terd...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kennedy Alip
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18914/1/Faktor-fakor%20penyebab%20berlakunya%20tingkah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18914/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menjadi penyebab berlakunya tingkah laku delinkuensi dalam kalangan pelajar di tiga buah sekolah menengah luar bandar di daerah Keningau. Sampel bertujuan digunakan untuk mendapatkan maklumat, iaitu seramai 130 orang responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan dua yang pernah melakukan tingkah laku yang dikategorikan sebagal delinkuen dan direkodkan dalam buku rekod salah laku pelajar oleh unit Hal Ehwal Murid sekolah berkenaan. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang telah diubahsuai daripada penyelidik-penyelidik lepas seperti Ariffin (1998), the Halimah bte Ahmad (2003) dan Sharifah Raudzah (2008). Instrumen soal selidik yang diubahsuai telah mendapat pengesahan daripada tiga orang pensyarah UMS. Instrumen soal selidik ini digunakan untuk membuat kajian rintis bagi menguji kebolehpercayaan dan analisis kesahihan Kajian ini dianalisis menggunakan Perisian Statistical Packages For the Social Science (SPSS) For Windows (Version 16.0) berbentuk statistik deskriptif iaitu peratusan, kekerapan, sisihan piawai dan min serta statistik inferensi iaitu Ujian -t dua hujung, analisis varians (ANOVA) sehala menguji perbezaan faktor demografi dengan tingkah laku delinkuen dan korelasi pearson untuk menguji hubungan antara pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah bersandar. Hasil kajian mendapati faktor rakan sebaya (aras signifikan 0.00) dan faktor keluarga (aras signifikan 0.010) mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku delinkuen, manakala analisis demografi pula mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tingkah laku delinkuen mengikut jantina dan keturunan. Beberapa cadangan dan penambahbaikan juga di kemukakan untuk kajian berkaitan dengan tajuk ini pada masa akan datang.