Hubungan kepemimpinan pentadbir dengan iklim pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah daerah Semporna, Sabah

Penyelidikan berfokus kepada kepemimpinan pentadbir iaitu pengetua dan ketua bidang terhadap aspek iklim pengajaran dan pembelajaran. Penyelidikan turut melihat perbezaan persepsi dalam kalangan respond en berkaitan kepemimpinan pengetua terhadap iklim pengajaran dan pembelajaran berdasarkan fakt...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Erni Lewa
Format: Thesis
Language:English
Published: 2009
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18741/1/Hubungan%20kepemimpinan%20pentadbir%20.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18741/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan berfokus kepada kepemimpinan pentadbir iaitu pengetua dan ketua bidang terhadap aspek iklim pengajaran dan pembelajaran. Penyelidikan turut melihat perbezaan persepsi dalam kalangan respond en berkaitan kepemimpinan pengetua terhadap iklim pengajaran dan pembelajaran berdasarkan faktor jantina responden, pengalaman mengajar dan bilangan pelajar sekolah. Kerangka kajian yang digunakan adalah berasaskan Model Kepimpinan Pengajaran oleh Halingger dan Murphy (1985). Selain itu, data pula diperoleh melalui Soal selidik Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS). Seramai 164 guru daripada enam buah sekolah menengah luar bandar sekitar Daerah Semporna telah dipilih sebagai responden. Data juga dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens menerusi program SPSS Versi 10. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetua dan ketua bidang kerap melaksanakan peranan kepemimpinan pengajaran di sekolah menengah iuar bandar. Dalam kepemimpinan ini, pengetua lebih mengutamakan aspek penjagaan masa pengajaran bagi menyokong iklim pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Manakala, ketua bidang pula menekankan aspek menggalakkan kehadiran bagi mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Dapatan turut memperlihatkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi guru terhadap kepemimpinan pengetua terhadap jantina dan pengalaman mengajar responden. Namun, wujud perbezaan yang signifikan antara kepemimpinan pengetua terhadap iklim pengajaran dan pembelajaran berdasarkan bilangan pelajar sekolah.