Penggunaan perisian multimedia pendidikan dalam pengajaran sains sekolah rendah

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tentang penggunaan perisian multimedia pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah rendah. Satu set soal selidik yang terdiri daripada lima bahagian digunakan sebagal instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada 133 orang guru yang men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Afidah Matsod
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2009
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18685/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18685/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18685/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau tentang penggunaan perisian multimedia pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah rendah. Satu set soal selidik yang terdiri daripada lima bahagian digunakan sebagal instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada 133 orang guru yang mengajar mata pelajaran Sains di 31 buah sekolah rendah di daerah Papar. Penganalisisan data yang diperolehi telah dijalankan dengan bantuan perisian komputer melalui program SPSS versi 15. Dua jenis statistik digunakan iaitu statistik deskriptif untuk melihat kekerapan, peratusan, skor min dan sisihan piawai, manakala statistik inferensi yang melibatkan Ujian-t dilakukan untuk melihat adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan perislan multimedia pendidikan dengan kelulusan akademik, bidang pengkhususan dan pengalaman mengikuti kursus komputer, analisis ANOVA Satu Hala digunakan untuk mengenal pasti perbezaan yang signifikan penggunaan perislan multimedia pendidikan berdasarkan faktor gred sekolah, umur dan pengalaman mengajar, manakala Ujian Korelasi Pearson dua arah digunakan untuk melihat hubungan antara penggunaan perisian multimedia pendidikan dengan perancangan dan pengurusan pengajaran guru serta kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan perisian multimedia pendidikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan perisian multimedia pendidikan bagi guru-guru Sains ini adalah tinggi (min 2.80). Tahap perancangan dan pengurusan pengajaran guru Sains juga berada pada tahap yang tinggi (min 2.76), namun tahap kemahiran komputer dan perisian multimedia pendidikan serta kekangan yang dihadapi adalah sederhana dengan nilai 2.59 dan 2.51. Hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan penggunaan perisian multimedia pendidikan berdasarkan faktor umur dan pengalaman mengajar. Walau bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan daiam penggunaan perisian multimedia pendidikan berdasarkan faktor gred sekolah, kelulusan akademik, bidang pengkhususan dan pengalaman mengikuti kursus komputer. Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan perisian multimedia pendidikan dengan perancangan dan pengurusan pengajaran guru Sains serta kekangan yang dihadapi oleh guru Sains. Melalui kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan lagi penguasaan guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan perislan multimedia pendidikan agar pelaksanaan penggunaan ICT dalam dunia pendidikan berjaya mencapai matlamatnya, seterusnya meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan di Malaysia