Mitos dan legenda Murut tahol dalam konteks perubatan tradisional

Mitos dan legenda ialah naratif lisan yang dipercayai benar oleh sesetengah orang sehingga ke masa ini. Pengkaji mitos dan legenda mendapati bahawa kedua-dua genre sastera rakyat ini mengandungi unsur kepercayaan dan ilmu pengetahuan orang yang terdahulu. Fokus kajian ini adalah terhadap unsur ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Normadiah Nassir
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17875/1/Mitos%20dan%20legenda%20Murut.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17875/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Mitos dan legenda ialah naratif lisan yang dipercayai benar oleh sesetengah orang sehingga ke masa ini. Pengkaji mitos dan legenda mendapati bahawa kedua-dua genre sastera rakyat ini mengandungi unsur kepercayaan dan ilmu pengetahuan orang yang terdahulu. Fokus kajian ini adalah terhadap unsur kepercayaan dan kearifan tempatan yang terkandung dalam mitos dan legenda yang berkait dengan perubatan tradisional etnik Murut Tahol. Dalam kajian ini, kerja lapangan menemu bual informan yang berketurunan Murut Tahol di Daerah Kecil Kemabong, Tenom telah dijalankan. Sejumlah tujuh buah mitos dan tiga puluh dua buah legenda yang berkait dengan perubatan tradisional etnik Murut Tahol telah dirakam, ditranskripsi dan dikategorikan menurut tema-tema. Tema-tema yang telah dikenal pasti seperti penciptaan dunia, asal usul manusia dan tumbuh-tumbuhan, asal usul bomoh, banjir besar, mimpi, tunjuk ajar makhluk ghaib dan banyak lagi akan dikupas berasaskan analisis Hermeneutics. Selain itu, ilmu mengenal pasti jenis-jenis tumbuh-tumbuhan yang sesuai dijadikan ubat, pantang larang dan kaedah-kaedah penyediaan ubat-ubatan daripada tumbuh-tumbuhan tertentu turut akan dibincang dalam kajian ini. Kajian mendapati bahawa kepercayaan terhadap kuasa Aki Kaulung (Pencipta Murut Tahol), semangat balk, mimpi, kuasa ghaib dan pengalaman perubatan peribadi telah mempengaruhi amalan perubatan rohani dan fizikal etnik Murut Tahol sejak dari dahulu. Dari aspek lain, ilmu pengetahuan terhadap kawasan hutan yang ditumbuhi tumbuh-tumbuhan berubat, kaedah mengenal pasti ciri-ciri khusus pada tumbuh-tumbuhan, pengalaman serta pengetahuan menyediakan ubat-ubatan telah menonjolkan kearifan tempatan yang dimiliki oleh etnik Murut Tahol. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa mitos dan legenda amat mempengaruhi kepercayaan, pengamalan dan keyakinan pengamal perubatan tradisional etnik Murut Tahol secara turun-temurun.