Pengalaman mengajar guru, iklim sekolah dan efikasi guru sekolah-sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan

Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh yang disumbangkan oleh faktor-faktor kelayakan guru, iaitu bidang major pengajian dan pengalaman mengajar terhadap iklim sekolah dan efikasi guru-guru sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan. Data dikutip dengan menggunakan instrumen Teachers&...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Amansa Amming
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17604/1/Pengalaman%20mengajar%20guru%2C%20iklim%20sekolah%20.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17604/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh yang disumbangkan oleh faktor-faktor kelayakan guru, iaitu bidang major pengajian dan pengalaman mengajar terhadap iklim sekolah dan efikasi guru-guru sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan. Data dikutip dengan menggunakan instrumen Teachers' Sense of Efficacy Scale yang melibatkan 150 orang guru di 5 buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan sebagai sampel kajian. Analisis korelasi Pearson mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara iklim sekolah dengan efikasi guru iaitu pada aras p< .01 (r=.306). Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengalaman mengajar dan iklim sekolah kerana korelasi pearson, r=-.172 dan p<.05. Namun, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengalaman mengajar dengan efikasi guru, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengalaman mengajar dengan iklim sekolah dan efikasi guru, tidak terdapat hubungan antara bidang major pengajian dan iklim sekolah, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara bidang major pengajian dan efikasi guru, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara bidang major pengajian dengan iklim sekolah dan efikasi guru. Hipotesis nul diterima. Guru-guru yang berpengalaman mengajar melebihi tujuh tahun berbeza secara statistik dalam aspek efikasi berbanding guru-guru dengan pengalaman mengajar kurang daripada tujuh tahun. Hasil kajian ini mencadangkan supaya guru-guru terlatih dalam bidang major pengajian perlu diberi peluang mengajar dalam persekitaran yang positif bagi membolehkan mereka membina efikasi guru yang positif dan produktif.