Kesan hormon auksin dan sitokinin terhadap proliferasi protokorm dimorphorchis lowii (orchidaceae)

Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji kesan hormon auksin dan sitokinin terhadap proliferasi protokorm Dimorphorchis lowii. Kajian telah dijalankan selama 60 hari dengan menggunakan protokorm peringkat ke 3 fasa pertumbuhan yang diperolehi daripada percambahan secara in vitro. Protokorm diku...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Monishcy Lully Anak Mail
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17520/1/Kesan%20hormon%20auksin%20dan%20sitokinin%20terhadap%20prouferasi.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17520/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji kesan hormon auksin dan sitokinin terhadap proliferasi protokorm Dimorphorchis lowii. Kajian telah dijalankan selama 60 hari dengan menggunakan protokorm peringkat ke 3 fasa pertumbuhan yang diperolehi daripada percambahan secara in vitro. Protokorm dikultur pada media asas Knudson C dengan penambahan asid asetik naptalena (NAA), 6-Benzilaminopurin (SAP) dan Kinetin (KN) pada kepekatan dan kombinasi yang berbeza. Semua kultur disimpan di dalam bilik kultur pada suhu 25±2°C dan 24 jam pencahayaan. Selepas 60 hari pengkulturan, didapati rawatan hormon BAP secara tunggal (2.0 mg/L dan 5.0 mg/L) dan kombinasi 1.0 mg/L NAA dengan 2.0 mg/L atau 5.0 mg/L memberikan peratus proliferasi yang tertinggi dengan julat 20.00±10.00 - 35.10±7.77%. Namun, penghasilan protokorm sekunder didapati tertinggi pada rawatan 1.0 mg/L NAA + 2.0 mg/L SAP dengan nilai min sebanyak 8.36±6.82. Oleh itu, rawatan 1.0 mg/L NAA + 2.0 mg/L SAP dipilih sebagai rawatan yang terbaik untuk menggalakan proliferasi protokorm serta penghasilan protokorm sekunder bagi spesis D. lowii.