Geologi am dan penilaian ciri-ciri geomekanik batuan formasi Kudat sebagai bahan binaan di kawasan Kudat,Sabah
Kajian geologi am dan pendrian geomekanik batuan Formasi Kudat sebagai bahan binaan telah dijalankan di Kudat, Sabah. Objektif utama kajian ini ialah untuk mentaksir latar belakang geologi am dan menghasilkan peta geologi terkini kawasan kajian serta menilai pencirian geomekanik batuan sebagai ba...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Academic Exercise |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17494/1/Geologi%20am%20dan%20penilaian%20ciri-ciri.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17494/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian geologi am dan pendrian geomekanik batuan Formasi Kudat sebagai bahan
binaan telah dijalankan di Kudat, Sabah. Objektif utama kajian ini ialah untuk
mentaksir latar belakang geologi am dan menghasilkan peta geologi terkini kawasan
kajian serta menilai pencirian geomekanik batuan sebagai bahan binaan. Kaedah
kajian merangkumi kajian awal seperti sorotan literatur dan penyediaan peta dasar;
kajian lapangan yang melibatkan pencerapan data lapangan, pemetaan geologi dan
persampelan batuan; kajian makmal iaitu analisis petrografi, analisis geologi struktur
serta ujian-ujian geomekanik batuan seperti Ujian Behan Titik, Ujian Ketahanan
Pemeroian, Ujian Mampatan Sepaksi, Ujian Graviti Tentu, Ujian Serapan Air, Ujian
Indeks Kekepingan, Ujian Penentu Nilai penghancuran Aggregat, Ujian Nilai
Hentaman Aggregat dan Ujian Nilai Sepuluh Peratus Halus serta Ujian Tukul Schmidt;
analisis dan tafsiran data; dan penulisan disertai. Sebanyak lima singkapan telah
dipilih dan sampel batuan diambil untuk kajian makmal analisis petrografi dan
pendrian geomekanik. Hasil kajian makmal dibandingkan tahap kesesuaiannya
sebagai agregat atau bahan binaan berdasarkan rujukan-rujukan sedia ada. Kawasan
kajian terdiri daripada Formasi Kudat (Miosen Awal hingga Miosen Tengah), Melange
(Miosen Tengah), dan Endapan Kuartemer. Analisis geologi struktur menunjukkan
arah canggaan bertren Barat Laut-Tenggara. Analisis petrografi mendapati
pengelasan batu pasir Formasi Kudat adalah Sublitarenit. 8erdasarkan hasil analisis
pendrian geomekanik batuan yang diperolehi, hasil penilaian ujian tukul Schmidt,
ujian beban titik dan ujian mampatan sepaksi menunjukkan kekuatan batuan Formasi
Kudat dapat dikelaskan sebagai Sederhana Kuat hingga Kuat. Ujian Ketahanan
Pemeroian menunjukkan nilai yang berjulat Rendah hingga ke Amat Tinggi.
Sementara itu, hasil ujian Graviti Tentu menunjukkan nilai yang berjulat di antara 2.S
hingga 2.8 dan nilai Serapan Air berjulat dari 1.4% hingga 10%. Ujian lndeks
Kekepingan dan ujian Penentu Nilai Penghancuran Aggregat pula menunjukkan nilai
yang berjulat dari 6% hingga 16% dan 30% hingga 58%. Selain itu, hasil ujian Nilai
Hentaman Aggregat dan ujian Nilai Sepuluh Peratus menunjukkan nilai yang berjulat
dan 48% hingga 72% dan 110 kN hingga 158 kN. Kajian ini menyimpulkan bahawa
batuan Formasi Kudat didapati kurang sesuai untuk dijadikan agregat atau bahan
binaan untuk pembinaan jalan raya dan bangunan berdasarkan piawai spesifikasi
yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia. Namun demikian pendrian
geomekanik batuan Formasi Kudat boleh ditingkatkan melalui beberapa kaedah |
---|