Gaya kepimpinan pengetua wanita dan hubungannya dengan motivasi guru sekolah menengah

Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua wanita dan juga hubungannya dengan motivasi guru di sekolah-sekolah menengah di daerah Kota kinabalu, Sabah. Kajian yang berbentuk kuantitatif deskriptif ini dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Prisca Ansilmus @ Anselmus
Format: Thesis
Language:English
Published: 2009
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17487/1/Gaya%20kepimpinan%20pengetua%20wanita.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17487/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua wanita dan juga hubungannya dengan motivasi guru di sekolah-sekolah menengah di daerah Kota kinabalu, Sabah. Kajian yang berbentuk kuantitatif deskriptif ini dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan kaedah soal selidik 'The Leader Behaviour Description Questionnaire (LBDQ)' dan 'A Questionnaire Measure of Individual Differences in Achieving Tendency (QMT)'. Seramai 231 orang responden daripada sepuluh buah sekolah menengah di daerah Kota kinabalu, Sabah terlibat di dalam kajian ini. Penganalisisan dapatan kajian menggunakan kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, Ujian-t untuk Dua-Kumpulan Sampel Tak Bersandaran, ANOVA satu-hala dan analisis korelasi Pearson dengan penetapan aras keertian ± = .05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua wanita yang berdasarkan dimensi struktur tugas di sekolah-sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu secara keseluruhannya berada pad a tahap sederhana. Gaya kepimpinan pengetua wan ita berdasarkan dimensi struktur tugas juga lebih dominan berbanding dengan dimensi timbang rasa. Manakala gaya kepimpinan pengetua wanita yang berdasarkan dimensi timbang rasa juga berada pada tahap sederhana sahaja. Daripada aspek tahap motivasi pula, secara keseluruhannya didapati tahap motivasi guru-guru di sekolah terhadap tugas adalah berada pada tahap sederhana. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara motivasi guru berdasarkan jantina. Namun kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara motivasi berdasarkan umur guru. Begitu juga dengan persepsi guru terhadap motivasi yang menunjukkan perbezaan yang signifikan berdasarkan gaya kepimpinan pengetua wanita. Seterusnya dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi guru dengan gaya kepimpinan pengetua wanita berdimensikan struktur tugas dan timbang rasa. Di samping itu, analisis Korelasi Pearson menunjukkan hubungan antara motivasi guru dengan gaya kepimpinan timbang rasa (r = .365, P < 0.05) adalah lebih kuat berbanding struktur tugas (r = .281, P < 0.05). Ini mengesahkan bahawa semakin baik kepimpinan pengetua wanita dimensi struktur tugas dan dimensi timbang rasa, maka semakin tinggi motivasi guru. Kajian ini menyokong dapatan berkaitan dan andaian umum yang menyatakan bahawa gaya kepimpinan pengetua wanita dapat meningkatkan motivasi pencapaian guru.