Tahap dan penetapan faktor yang mempengaruhi stres kerja guru dalam kalangan guru luar bandar di kawasan Pantai Barat Utara Sabah

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji tahap dan penetapan faktor yang mempengaruhi stres kerja dalam kalangan guru luar bandar di kawasan Pantai Barat Utara Sabah. Seramai 360 orang responden terdiri dari guru sekolah rendah dari enam daerah iaitu Kudat, Pitas, Tuaran, Kota Marudu, Kota Belu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rosnah @ Nining Sidek
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10951/1/ph000000048.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10951/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji tahap dan penetapan faktor yang mempengaruhi stres kerja dalam kalangan guru luar bandar di kawasan Pantai Barat Utara Sabah. Seramai 360 orang responden terdiri dari guru sekolah rendah dari enam daerah iaitu Kudat, Pitas, Tuaran, Kota Marudu, Kota Belud dan Ranau terlibat dalam kajlan ini. Pensampelan adalah secara rawak kluster. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan kaedah tinjauan menggunakan instrumen soal selidik. Varia bel bebas adalah faktor punca-punca stres kerja guru iaitu Tanggungjawab, Iklim Organisasi, Prospek Kerjaya, Hubungan Interpersonal dan Ciri-ciri Individu. Manakala, variabel bersandar ialah Stres Kerja Guru. Data dianalisis dengan perisian SPSS for Windows version 18. Ujian-tsampel bebas dan ujian ANOVA satu hala digunakan untuk menguji perbezaan skor min stres kerja guru. Ujian korelasi Pearson digunakan untuk menguji hubungan antara variabel. Ujian regresi berganda Stepwise digunakan untuk menguji pengaruh variabel bebas terhadap stres kerja guru. Aras keertian hipotesis kajian pada aras signifikan p < 0.05 dan 0.01. HasH kajian menunjukkan terdapat perbezaan skor min yang signifikan dalam stres kerja guru berdasarkan jantina, tahap pendidikan, status perkahwinan, bilangan tanggungan dan lokasi sekolah dalam PPD. Tiada perbezaan skor min yang signifikan dalam stres kerja guru sekolah rendah berdasarkan keturunan, agama, tempoh berkhidmat, jumlah pendapatan dan jarak rumah ke sekolah. Ujian korelasi pearson menunjukkan wujud korelasi positif yang signifikan antara stres kerja guru dengan tanggungjawab, iklim organisasi, prospek kerjaya, hubungan interpersonal dan Ciri-ciri individu. Begitu juga antara variabel bebas iaitu tanggungjawab, iklim organisasi, prospek kerjaya, hubungan interpersonal dan ciri-ciri individu. Ujian regresi berganda stepwise menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan Ciri-ciri Individu sebanyak 24.6%, Prospek kerjaya sebanyak 33.3%, tanggungjawab sebanyak 35.4% dan variabel Hubungan Interpersonal sebanyak 36.3% terhadap stres kerja dalam kalangan guru sekolah rendah. Manakala, iklim organisasi tidak mempengaruhi stres kerja guru sekolah rendah. Keseluruhan dapatan kajian membawa implikasi kepada pihak yang terlibat dalam pengurusan sumber manusia bagi merancang programprogram yang berkesan dalam usaha menangani stres kerja dalam kalangan guru.