Kesan jenis sungkupan ke atas tumbesaran tanaman dan hasil cili (Capsicum annum)

Kajian tentang kesan jenis sungkupan ke atas tumbesaran dan hasil cili (Capsicum annum) telah dijalankan di tapak penanaman di nurseri Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah selama 12 minggu menggunakan rekabentuk rawak penuh (CRD). Jenis sungkupan yang telah digunakan di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Zulfakar Mohd Napiah
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2005
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10497/1/ae0000002523.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10497/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian tentang kesan jenis sungkupan ke atas tumbesaran dan hasil cili (Capsicum annum) telah dijalankan di tapak penanaman di nurseri Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah selama 12 minggu menggunakan rekabentuk rawak penuh (CRD). Jenis sungkupan yang telah digunakan di dalam kajian ini adalah surat khabar lama, jerami padi, plastik hitam, sabut kelapa dan habuk papan. Keputusan kajian menunjukkan bilangan buah gugur, panjang buah dan warna buah cili tidak di pengaruhi oleh mana-mana sungkupan. Sungkupan jerami padi mengakibatkan tanaman cili memberikan hasil yang baik dari segi bilangan buah segar, hasil buah segar, saiz buah segar, tumbesaran vegetatif( daun dan batang ) dan perkembangan akar. Pemberian sungkupan jerami padi menghasilkan buah segar yang paling tinggi iaitu 243.5 g per pokok.