Model Kecemerlangan IPT Berasaskan Nilai Teras: Pendekatan Pemodelan Kuasa Dua Terkecil Separa

Kecemerlangan sesebuah organisasi melalui penunjuk prestasi zahir bukanlah satu-satunya kayu pengukur, sebaliknya fokus telah berubah kepada pengukuran tidak zahir seperti nilai-nilai teras. Oleh itu, dalam makalah dikaji nilai-nilai teras yang mempengaruhi kriterium prestasi organisasi seperti kepi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: M. R., Abdul Hamid, Zainol, Mustafa, Nur Riza, Mohd Suradi, Fazli, Idris, Mokhtar, Abdullah, Nordin, Jamaluddin
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/7703/1/Model_Kecemerlangan_Ipt_Berasaskan_Nilai_Teras-_Pendekatan_Pemodelan_Kuasa_Dua_Terkecil_Separa.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/7703/
http://www.ukm.my/jqma/v8_1/jqma-8-1-paper1.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kecemerlangan sesebuah organisasi melalui penunjuk prestasi zahir bukanlah satu-satunya kayu pengukur, sebaliknya fokus telah berubah kepada pengukuran tidak zahir seperti nilai-nilai teras. Oleh itu, dalam makalah dikaji nilai-nilai teras yang mempengaruhi kriterium prestasi organisasi seperti kepimpinan, budaya, produktiviti, pekerja dan pemegang kepentingan yang menyokong model teori, iaitu Model Kecemerlangan Prestasi berasaskan Nilai Teras khususnya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sebanyak 1100 soal selidik telah diedarkan kepada IPT yang terlibat dengan 429 soal selidik digunakan untuk analisis. Kajian ini menggunakan tatakaedah pemodelan Kuasa Dua Terkecil Separa (KDTS) menggunakan perisian SmartPLS,untuk mengkaji hubungan antara setiap kriterium dalam model teoretikal berkenaan. Keputusan analisis pemodelan KDTS menyokong model, tersebut dengan kesemua pekali pembeban regresi adalah signifikan pada 0.05 (nilai-t > 1.97), iaitu perkaitan antara konstruk-konstruk kajian adalah signifikan secara statistik melainkan perkaitan antara fokus pekerja dengan prestasi universiti yang memerlukan penyiasatan lanjut. Ringkasnya, model adalah sah dari segi statistik dan memberikan penunjuk yang jelas terhadap pengukuran prestasi universiti khususnya melalui pendekatan tidak zahir melalui nilai-nilai teras.