Peraturan Sebab-Musabab Di Sebalik Sesuatu Peristiwa: Tinjauan Khusus Terhadap Kebangkitan Dan Kejatuhan Masyarakat

Tulisan ini cuba menghuraikan peraturan di sebalik kebangkitan dan kejatuhan masyarakat manusia sepertimana yang dipaparkan dalam al-Quran. Peraturan tersebut dikenali sebagai peraturan sebab dan musabab, sama sepertimana yang ditemui dalam ilmu usul fiqh dalam bahagian hukum wad’ie. Walaupun begitu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mansor, Sulaiman
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/5626/1/peraturan-pbmsk-mansor4.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/5626/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tulisan ini cuba menghuraikan peraturan di sebalik kebangkitan dan kejatuhan masyarakat manusia sepertimana yang dipaparkan dalam al-Quran. Peraturan tersebut dikenali sebagai peraturan sebab dan musabab, sama sepertimana yang ditemui dalam ilmu usul fiqh dalam bahagian hukum wad’ie. Walaupun begitu, penulisan ini lebih mengutarakan peraturan ini menurut perspektif peraturan di sebalik berlakunya sesuatu peristiwa di alam ini dan bukan menurut perspektif hukum fiqh. Oleh kerana itu, analisis yang dilakukan hanyalah meliputi nas-nas al-Quran berkaitan masyarakat silam dan bukan nas-nas berkaitan hukum. Di samping itu, penulis juga akan mengukuhkan analisis tersebut dengan dapatan-dapatan daripada kajian-kajian berkaitan masyarakat silam seperti tulisan Ibn Khaldun, Arnold Toynbee dan Malek Bennabi. Seterusnya hasil dapatan ini akan dikaitkan dengan realiti di sebalik kebangkitan dan kejatuhan masyarakat hari ini. Akhirnya diharapkan tulisan ini dapat menyumbang kepada jawapan khususnya kepada golongan pendidik berkenaan persoalan apakah ramuan yang diperlukan untuk membangunkan masyarakat yang berperwatakan manusia yang berjaya serta mengelak daripada perwatakan manusia yang gagal sepertimana diperolehi dalam kajian ini.