Analisis Pandangan Ulama yang Menerima dan Menolak Tafsiran Ayat Al-Quran menggunakan Metodologi Ishari

Pentafsiran secara Ishari bermaksud tafsiran ayat al-Quran menggunakan metodologi secara simbolik atau tersirat. Pentafsiran yang menggunakan metodologi Ishari banyak dimonopoli oleh golongan sufi. Walaubagaimana pun tafsiran ayat-ayat al-Quran yang menggunakan metodologi ini telah menimbulkan polem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Nora’Aeshah, Zakaria, Mohamad Hilmi, Mat Said
Format: Article
Language:English
Published: Academic Inspired Network 2021
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/40836/1/Analisis%20Pandangan%20Ulama%20yang%20Menerima%20dan%20Menolak%20Tafsiran%20Ayat%20Al-Quran%20menggunakan%20Metodologi%20Ishari.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/40836/
http://www.jised.com/PDF/JISED-2021-41-11-04.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pentafsiran secara Ishari bermaksud tafsiran ayat al-Quran menggunakan metodologi secara simbolik atau tersirat. Pentafsiran yang menggunakan metodologi Ishari banyak dimonopoli oleh golongan sufi. Walaubagaimana pun tafsiran ayat-ayat al-Quran yang menggunakan metodologi ini telah menimbulkan polemik dalam kalangan ulama. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis pandangan ulama tradisional dan moden tentang keharusan mentafsir ayat al-Quran menggunakan metodologi secara Ishari. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan data utamanya diperoleh melalui analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan pendekatan analisis kandungan. Tema-tema penting bagi menjawab persoalan bagi kajian ini telah dikenalpasti melalui kaedah pengekodan. Hasil kajian menunjukkan terdapat tiga pendapat ulama tentang keharusan menggunakan metodologi tafsir secara Ishari. Pertama, golongan ulama yang tidak membenarkan pentafsiran ayat al-Quran menggunakan metodologi Ishari malahan menyenaraikannya sebagai salah satu tafsir yang menyeleweng. Kedua, golongan yang mengharuskan sepenuhnya dan golongan yang ketiga adalah golongan yang membenarkan namun mestilah menepati syarat-syarat yang telah digariskan. Berdasarkan kepada ketiga-tiga pendapat ini, penulis memilih pendapat ketiga sebagai pendapat yang paling tepat dan teliti serta mampu mengelakkan daripada pentafsiran al-Quran secara menyeleweng. Dengan syarat yang dikenakan, ulama mampu membendung kemunculan-kemunculan tafsir yang batil secara berleluasa,