Rekabentuk dan membina pembesar suara prototaip jenis talian penghantaran

Pembesar suara merupakan bahagian terakhir dalam satu rantaian sistem audio dengan lain-lain peranti. Bagaimana baiknya sistem audio, faktor-faktor yang menjadi kunci kepada mutu bunyi seharusnya dititik beratkan sebab noktah terakhir penilaian bunyi adalah dengan telinga kita sendiri. Projek pembes...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nordin, Asari
Format: Undergraduates Project Papers
Language:English
Published: 1998
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/38979/1/NORDIN%20BIN%20ASARI.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/38979/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembesar suara merupakan bahagian terakhir dalam satu rantaian sistem audio dengan lain-lain peranti. Bagaimana baiknya sistem audio, faktor-faktor yang menjadi kunci kepada mutu bunyi seharusnya dititik beratkan sebab noktah terakhir penilaian bunyi adalah dengan telinga kita sendiri. Projek pembesar suara jenis Talian Penghantaran dibuat bagi mendapatkan satu lagi jenis pembesar suara yang berlainan dengan yang ada di pasaran. Persaingan di pasaran tempatan berbanding jenis tertutup dan jenis berliang amat jauh sekali. Faktor utama terjadinya demikian disebabkan ketiadaan pengeluar tempatan dan hampir kesemuanya diimpot daripada luar. Sehubungan dengan masalah ini kajian dibuat bagi mencari jalan mengatasinya. Keperluan utama pembinaan pembesar suara banyak terdapat di negara kita. Sebagai langkah penjimatan, cara terbaik pembinaan pembesar suara Talian Penghantaran hanya dapat dibuat dengan menggunakan bahan-bahan tempatan sepenuhnya. Dengan cara ini kos penghasilan jauh lebih murah berbanding dengan yang diimpot. Hasil daripada kajian projek juga dapat dijadikan satu garis panduan yang piawai bagi mengeluarkannya secara komersial.