Kajian kesan diameter dan kepadatan taburan lekuk terhadap pengurangan daya geseran dan kehausan pemukaan keluli aisi 1060

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti fenomena kehausan yang disebabkan oleh geseran serta mengenalpasti faktor geseran yang dipengaruhi oleh kehadiran tekstur lekukan. Tekstur lekukan ini terdiri daripada pelbagai diameter, tetapi mempunyai kedalaman yang sama. Bahan yang digunakan dalam penyeli...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Rahimi, Ramli
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/37658/1/ir.Kajian%20kesan%20diameter%20dan%20kepadatan%20taburan%20lekuk%20terhadap%20pengurangan%20daya%20geseran%20dan%20kehausan%20pemukaan%20keluli%20aisi%201060.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/37658/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti fenomena kehausan yang disebabkan oleh geseran serta mengenalpasti faktor geseran yang dipengaruhi oleh kehadiran tekstur lekukan. Tekstur lekukan ini terdiri daripada pelbagai diameter, tetapi mempunyai kedalaman yang sama. Bahan yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah besi keluli lembut AISI 1060. Di dalam kajian ini, lekukan dihasilkan menggunakan mesin kisar 3 paksi dan mata alat kisar ball-end nose. Lekukan yang dihasilkan mempunyai diameter yang berbeza dari 1.0 hingga 4.0 mm. Dalam ujikaji fasa pertama, kesan kepadatan tekstur lekukan terhadap geseran telah dikenalpasti. Sampel-sampel yang disediakan mempunyai diameter yang sama tetapi kepadatan tekstur yang berbeza. Manakala pada ujikaji fasa kedua pula, kesan perbezaan diameter tekstur yang berbeza terhadap geseran dikenalpasti. Permukaan yang mempunyai lekukan berdiameter 1.0 hingga 4.0 mm tersebut kemudiannya dianalisis dengan menggunakan laser microskop. Sampel kemudian dianalisis menggunakan Universal Testing Machine UTM dilengkapi dengan kepiawaian ASTM-1894. Sampel diuji menggunakan minyak hidraulik ISO-168 dengan proses ujikaji sentuhan permukaan ke permukaan. Kesan yang menakjubkan terhadap geseran dengan permukaan yang berlekuk ini telah diperolehi dalam kedua-dua kajian. Berdasarkan pemerhatian, lekukan yang berdiameter besar mempunyai keupayaan yang tinggi dalam mengurangkan geseran berbanding dengan lekukan yang berdiameter kecil. Tambahan pula, bagi sampel-sampel berdiameter lekukan yang sama, sampel yang mempunyai kepadatan lekukan yang tinggi menghasilkan geseran yang lebih rendah berbanding kepadatan lekukan yang rendah. Pada ujikaji yang seterusnya, kadar kehausan permukaan keluli lembut AISI1060 yang berlekuk setelah dikenakan beban malar sebanyak 10N diukur. Keputusan ujikaji menunjukkan bahawa permukaan mempunyai lekukan berjarak kecil mempunyai kadar kehausan yang rendah berbanding dengan permukaan mempunyai lekukan berjarak besar. Keputusan ujikaji juga menunjukkan bahawa permukaan yang mempunyai lekukan berdiameter besar mempunyai kadar kehausan yang lebih rendah berbanding permukaan yang mempunyai lekukan berdiameter kecil. Ini boleh disimpulkan bahawa, sifat geseran dan kadar kehausan adalah lebih baik bagi sampel yang mempunyai sentuhan permukaan yang rendah. Hasil dapatan kajian ini dapat membantu dalam langkah untuk mengatasi jangkahayat bagi komponen mekanikal dalam bidang pembuatan.