Kerangka konsep keluarga Malaysia dalam mencapai kesejahteraan

Dalam era globalisasi ini, dapat dilihat terdapat peningkatan kes dalam isu-isu membabitkan masalah institusi kekeluargaan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat dalam kes perceraian, keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak di Malaysia yang merekodkan peningkatan yang luar biasa pada tahun 2020...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rashid, Abdul Aziz, Muhammad Khairi, Mahyuddin, Muhammad Nubli, Abdul Wahab, Husin, Sungkar, Nurun Najihah, Musa, Nur A'in, Mustafar
Format: Article
Language:English
Published: Secholian Publication 2023
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/37612/1/Kerangka%20Konsep%20Keluarga%20Malaysia%20dalam%20Mencapai%20Kesejahteraan.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/37612/
https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i1.2169
https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i1.2169
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam era globalisasi ini, dapat dilihat terdapat peningkatan kes dalam isu-isu membabitkan masalah institusi kekeluargaan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat dalam kes perceraian, keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak di Malaysia yang merekodkan peningkatan yang luar biasa pada tahun 2020. Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaporkan Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia pada tahun 2019 masih kekal pada tahap sederhana iaitu 7.72. Terdapat pelbagai aspek yang perlu dikaji dalam pengurusan konflik rumah tangga bagi mencapai kesejahteraan keluarga sejajar dengan matlamat konsep keluarga Malaysia. Justeru, penulisan kertas konsep (conceptual paper) ini memberi tumpuan kepada kerangka konsep keluarga Malaysia sebagai satu kaedah mengatasi konflik rumah tangga. Metod kajian ini adalah berdasarkan kajian kualitatif melalui reka bentuk kertas kerja konsep (concept paper) dengan penggunaan teknik analisis konsep. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat tiga konsep utama dalam keluarga Malaysia iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran yang boleh diaplikasikan dalam sesebuah keluarga bagi mengatasi dan mencegah konflik yang berlaku. Kesejahteraan keluarga amatlah penting dalam menggapai kesejahteraan kendiri setiap diri ahlinya dalam merealisasikan proses pembangunan negara. Oleh itu, kajian ini amatlah penting sebagai garis panduan kepada badan bertanggungjawab di Malaysia dalam memacu dan melahirkan keluarga sejahtera.