Kajian interaksi dan pencapaian hasil tugasan pembelajaran berkumpulan dalam talian
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan pensyarah dan sesama pelajar tidak bertemu secara fizikal, sebaliknya semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam talian sepenuhnya (PdPDT). Kajian ini bertujuan mengenal pasti pelaksanaan aktiviti pembelajaran kumpulan serta kaitannya...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | Malay |
Published: |
Mindware PLT
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/37565/1/view http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/37565/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan pensyarah dan sesama pelajar tidak bertemu secara fizikal, sebaliknya semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam talian sepenuhnya (PdPDT). Kajian ini bertujuan mengenal pasti pelaksanaan aktiviti pembelajaran kumpulan serta kaitannya dengan bentuk interaksi, penggunaan alatan interaksi, penilaian rakan kumpulan, dan penilaian tugasan. Instrumen utama kajian adalah berbentuk tugasan kajian isu semasa yang perlu disiapkan secara kerjasama kumpulan dalam talian sepenuhnya. Dua hasil tugasan yang dinilai secara kuantitatif iaitu deskriptif dan kualitatif iaitu isi kandungan ialah; laporan aktiviti kumpulan dan laporan kajian. Hasil analisis data mendapati empat kategori interaksi dihasilkan; interaksi sosial, perbincangan tugasan, perkongsian fail, dan temubual. Kajian mengenal pasti faktor utama pemilihan alatan interaksi adalah bergantung kepada tujuan penggunaan selain empat faktor lain; mudah, minimalis, integrasi telefon pintar, dan penggunaan meluas. Analisis penilaian rakan kumpulan menunjukkan hubungan baik dalam kumpulan mempengaruhi markah tugasan selain faktor gerak kerja menyiapkan tugasan. Secara keseluruhan kumpulan mendapat markah baik pada tugasan dengan empat faktor dikenal pasti; gerak kerja menyiapkan tugasan, kepelbagaian bentuk interaksi dengan sokongan alatan interaksi bersesuaian, dan kekuatan hubungan rakan kumpulan. Hasil kajian memberi implikasi berkaitan penyediaan panduan pelaksanaan tugasan kumpulan secara kerjasama dalam talian sepenuhnya bertujuan membantu pelajar menghasilkan tugasan yang baik seterusnya meningkatkan kefahaman pelajar terhadap subjek. |
---|