Jurisprudens Watan: Suatu Pengenalan Prinsip Tadbir Urus yang Baik Dilihat Melalui Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia [Watanic Jurisprudence: An Introduction To The Principles of Good Governance Viewed from Article 181(1) of The Federal Cons]

Tadbir urus yang baik mempunyai prinsip etika yang tertakluk pada doktrin suatu perlembagaan. Doktrin perlembagaan pula mempunyai hubungan yang kuat dengan prinsip kedaulatan undang-undang. Banyak pihak membahaskan tentang kedaulatan undang-undang, malangnya Per...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Ahmad Fauzi, Wan Husain, Amer Hudhaifah, Hamzah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin 2022
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/36685/1/704-Article%20Text-2604-1-10-20230101.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/36685/
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/article/view/704
https://doi.org/10.37231/jimk.2020.23.3.233
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tadbir urus yang baik mempunyai prinsip etika yang tertakluk pada doktrin suatu perlembagaan. Doktrin perlembagaan pula mempunyai hubungan yang kuat dengan prinsip kedaulatan undang-undang. Banyak pihak membahaskan tentang kedaulatan undang-undang, malangnya Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan sering diabaikan. Perkara 181(1) penting kerana dalam peruntukan itu menjelaskan prinsip kedaulatan Malaysia. Makalah ini mengemukakan prinsip tadbir urus yang baik berlandaskan doktrin undang-undang Malaysia. Metodologi jurisprudens watan digunakan untuk menentukan prinsip kedaulatan dan doktrin undang-undang Malaysia. Dapatan menunjukkan prinsip Tadbir urus yang baik berteraskan konsep khalifah, keadilan dan syura. Tiga buah konsep tersebut melahirkan prinsip integriti, akauntabiliti, amar maaruf, nahi munkar, teliti, muhasabah, ketelusan, persamaan dan kebebasan. Dari aspek perlaksanaannya pula, prinsip Tadbir urus yang baik dapat dikuatkuasakan melalui prinsip kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong. Kesimpulannya, implikasi kedaulatan watan tanah air memberi legitimasi kepada pemakaian prinsip Tadbir urus yang baik menurut Islam dalam kerangka undang-undang Perlembagaan Persekutuan. Tadbir urus yang baik berprinsipkan Islam bukan sahaja terpakai kepada Yang di-Pertuan Agong, malah kepada sesiapa sahaja yang melaksanakan kuasa eksekutif baginda. Kata kunci: Tadbir urus baik, jurisprudens watan, prinsip kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong, Perkara 181(1)JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI©PENERBIT UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN ISSN1985-7667•e-ISSN:2289-6325https://doi.org/10.37231/jimk.2020.23.3.233