Etos Kesultanan Pahang Dalam Era Pemerintahan Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, 1974-2019

Sejak pengasasannya oleh Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah ibni Bendahara Siwa Raja Tun Ali pada 6 Ogos 1882, Kesultanan Pahang yang wujud pada hari ini telah melalui evolusi di bawah pemerintahan enam orang Sultan iaitu Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah (1882-1914), Sultan Mahmud (1914-1917), Sul...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Nazrul Helmy, Wan Mohd Zain, Nizamuddin, Alias
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Infrastructure University Kuala Lumpur 2022
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/36665/1/%28Wan%20Nazrul%20Helmy%20%26%20Nizamuddin%20Alias%2C%202022%29%20Etos%20Kesultanan%20Pahang%20Dalam%20Era%20Pemerintahan%20Sultan%20Haji%20Ahmad%20Shah%20Al-Musta%27in%20Billah%2C%201974-2019.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/36665/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sejak pengasasannya oleh Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah ibni Bendahara Siwa Raja Tun Ali pada 6 Ogos 1882, Kesultanan Pahang yang wujud pada hari ini telah melalui evolusi di bawah pemerintahan enam orang Sultan iaitu Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah (1882-1914), Sultan Mahmud (1914-1917), Sultan Abdullah Al-Mu'tassim Billah (1917-1932), Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah (1932-1974), Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (1974-2019) dan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2019-kini). Sebagai Sultan Pahang kelima, era pemerintahan Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah selama 45 tahun merupakan yang terpanjang setakat ini dalam sejarah Kesultanan Pahang dan telah turut dicorakkan dengan gaya kepimpinan tersendiri berdasarkan falsafah 'Raja dan rakyat berpisah tiada, Raja dan rakyat sehati sejiwa'. Dalam konteks kedudukan Pahang sebagai salah satu daripada sembilan negeri beraja yang bersekutu dalam negara Malaysia, Sultan Haji Al-Musta'in Billah telah berperanan secara signifikan dalam mencorakkan etos Kesultanan Pahang melalui kebijaksanaan, kepimpinan dan kewibawaannya sebagai raja berperlembagaan yang dibatasi oleh Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang. Walaupun dari segi prinsipnya, seseorang Raja itu memerintah tetapi tidak mentadbir secara langsung dalam sifat kenegaraan Malaysia yang berteraskan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah menyerlahkan hemah, hikmah dan keterampilan dalam beberapa peristiwa demi mengimbangi parameter diraja dan kuasa pihak eksekutif. Menerusi penerokaan era pemerintahan Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, kertas ini menampilkan sorotan terhadap faktor keturunan, kekeluargaan, kepimpinan negeri serta kestabilan nasional di bawah naungan baginda sebagai Sultan Pahang pertama yang menaiki takhta selepas kemerdekaan Malaysia dan Sultan Pahang pertama yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia dengan merumuskan impaknya kepada etos Kesultanan Pahang.