Amalan syariah di klinik perubatan swasta: Analisis kajian literatur dalam kualiti perkhidmatan dan kepuasan pesakit

Banyak rungutan dan perbincangan dalam kalangan pesakit mengenai bagaimana proses rawatan dan layanan yang didapati di klinik perubatan swasta. Penomana ini berlaku disebabkan terdapat beberapa kelemahan perkhidmatan dalam kalangan pegawai perubatan dan kakitangan melibatkan sikap dan tingkah laku d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Khosenulhan, Ab. Rahman, Hasan, Ahmad
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Academia Industry Networks 2020
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/36029/1/ISSED2020%20%20%28amalan%20syariah%20di%20klinik%29%20%282%29.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/36029/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Banyak rungutan dan perbincangan dalam kalangan pesakit mengenai bagaimana proses rawatan dan layanan yang didapati di klinik perubatan swasta. Penomana ini berlaku disebabkan terdapat beberapa kelemahan perkhidmatan dalam kalangan pegawai perubatan dan kakitangan melibatkan sikap dan tingkah laku di klinik terlibat. Kepuasan pesakit menjadi satu keperluan yang harus dititiberatkan oleh pengurusan klinik swasta dalam memberi perkhidmatan. Kajian ini akan meneliti perkhidmatan menerusi sistem pengurusan syariah yang boleh memandu pegawai perubatan dan kakitangan klinik berkerja untuk memenuhi keperluan perkhidmatan dan mendapatkan keredaan Allah. Justeru isu-isu membabitkan kelemahan perkhidmatan berasaskan syariah akan diteliti dalam kajian ini. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen Sebahagian besar data dikutip dari buku, journal, prosiding dan dokumen lain yang berkaitan dengan kajian ini. Hasil analisis dalam kajian ini mendapati bahawa klinik swasta ada menerapkan elemen syariah secara tidak langsung semasa doktor memberi rawatan kepada pesakit. Ini menunjukan bahawa perlaksanaan amalan syariah di sektor kesihatan swasta memang dipraktikan tetapi belum mengoptimakan perlaksanaanya sehingga dapat memberi kepuasan kepada pesakit. Oleh hal yang demikian pentadbiran klinik swasta perlu terus merialisasikan perkhidmatan perubatan patuh syariah serta mengenal pasti ruang-ruang penambahbaikan yang perlu dalam memastikan perkhidmatan mereka berkesan dan dapat memberi kepuasan kepada pesakit.