Kajian kaedah intervensi pembelajaran matematik sekolah rendah menggunakan latihan stroop dan latihan biofeedback

Program intervensi amat penting dalam membantu pelajar yang lemah pembelajaran matematik di sekolah Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana teknik latihan Stroop dan latihan Biofeedback boleh digunakan untuk membantu pelajar bagi meningkatkan prestasi skor koheren dan juga prestasi akademik. Ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Omar, Ahmad, Abdul Wahab, Muhammad Nubli
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Malaysia Pahang 2022
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/35382/1/A%20study%20of%20primary%20school%20mathematics%20learning.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/35382/
https://doi.org/10.15282/ijhtc.v7i2.8781
https://doi.org/10.15282/ijhtc.v7i2.8781
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program intervensi amat penting dalam membantu pelajar yang lemah pembelajaran matematik di sekolah Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana teknik latihan Stroop dan latihan Biofeedback boleh digunakan untuk membantu pelajar bagi meningkatkan prestasi skor koheren dan juga prestasi akademik. Kajian lalu membuktikan bahawa latihan Stroop boleh membantu individu meningkatkan daya tumpuan dan teknik latihan Biofeedback juga membantu individu untuk meningkatkan prestasi kognitif dan konsentrasi mereka. Sampel kajian ini terdiri daripada 20 orang pelajar yang berpencapaian rendah dari sekolah rendah di daerah Jerantut, Pahang. Mereka dipilih secara rawak untuk menjalankan 2 sesi latihan iaitu Latihan Stroop dan Latihan Biofeedback yang akan mengambil masa selama 30 minit. Data perubahan diri yang dikumpul melibatkan analisis skor spektrum kuasa VLF, LF, dan HF. Analisis data min skor spektrum HRV, data min Latihan Stroop dan ujian pra/pos digunakan untuk melihat peningkatan skor HRV dan peningkatan akademik pelajar. Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan dalam skor HRV pelajar dan prestasi akademik selepas pelajar-pelajar ini mengikuti Latihan Stroop dan Latihan Biofeedback. Kajian ini menunjukkan bahawa teknik Latihan Stroop dan latihan Biofeedback boleh dijadikan kaedah berkesan untuk membantu pelajar lemah bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar.