Pembangunan standard pengukuran untuk mengesan gangguan makhluk halus berdasarkan kaedah pengubatan Islam

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu standard pengukuran yang boleh mengesan gangguan makhluk halus. Standard pengukuran ini diukur melalui simptomsimptom gangguan makhluk halus yang dikategorikan kepada lapan konstruk tertentu. Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan (mixed method) yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Jim, Hamzah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/34631/1/Pembangunan%20standard%20pengukuran%20untuk%20mengesan%20gangguan%20makhluk%20halus%20berdasarkan%20kaedah%20pengubatan%20Islam.ir.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/34631/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu standard pengukuran yang boleh mengesan gangguan makhluk halus. Standard pengukuran ini diukur melalui simptomsimptom gangguan makhluk halus yang dikategorikan kepada lapan konstruk tertentu. Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan (mixed method) yang meletakkan pendekatan reka bentuk kajian kuantitatif sebagai kaedah utama manakala data kualitatif dari temu bual dan pemerhatian sebagai data sokongan. Instrumen standard pengukuran untuk mengesan gangguan makhluk halus dibina berpandukan Model ADDIE (Analyse, Design, Develop, Implement, and Evaluate). Sampel kajian terdiri daripada 292 pesakit gangguan makhluk halus dari 15 buah pusat rawatan kecil Darussyifa’ di sekitar zon tengah. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data adalah berbentuk soal selidik, temu bual, dan pemerhatian. Kaedah analisis data kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis deskriptif manakala data kualitatif dinalisis secara naratif. Nilai Cronbach Alpha digunakan bagi menentukan kebolehpercayaan item-item soal selidik melalui ujian rintis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat lapan konstruk dan 50 item (simptom) yang telah dikenalpasti bagi membina satu instrumen standard yang dinamakan instrumen JIM50. Rubrik daripada instrumen JIM50 telah dibina bagi mengukur tahap kekuatan gangguan makhluk halus tersebut. Standard pengukuran ini dapat membantu pesakit dan perawat pengubatan Islam mengenal pasti kaedah rawatan gangguan makhluk halus yang sesuai selain dapat membantu pesakit untuk mendapatkan rawatan di pusat-pusat rawatan Islam yang sesuai.