Analisis pola penggunaan portal e-pembelajaran dan pencapaian subjek

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Pandemik Covid-19 menyebabkan sebahagian sebahagian besar rutin harian normal berubah termasuk proses pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan. Alternatif terbaik meneruskan proses pembelajaran tanpa bersemuka ialah memanfaatkan teknolo...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad, Ahmad Muhaimin
Format: Article
Language:Malay
Published: Universiti Pendidikan Sultan Idris 2022
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/33990/1/3434
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/33990/
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JICTIE/article/view/6102
https://doi.org/10.37134/jictie.vol9.1.9.2022
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Pandemik Covid-19 menyebabkan sebahagian sebahagian besar rutin harian normal berubah termasuk proses pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan. Alternatif terbaik meneruskan proses pembelajaran tanpa bersemuka ialah memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) iaitu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian (PdPDT) sepenuhnya yang memerlukan empat komponen utama; pensyarah, pelajar, pedagogi dan objek pembelajaran (learning object, LO), dan teknologi. Pelajar perlu mencapai objek pembelajaran yang disediakan oleh pensyarah dengan bantuan teknologi. Situasi ini secara tidak langsung memerlukan komitmen dan daya usaha pelajar menguruskan pembelajaran sendiri. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengena pasti pola kekerapan capaian pelajar kepada LO bagi salah satu subjek umum universiti dalam tempoh PKP serta perkaitannya dengan pencapaian subjek. Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan instrumen data log capaian portal e-pembelajaran bagi analisis deskriptif untuk mengenal pasti pola kekerapan capaian dan perkaitan pencapaian. Hasil analisis mendapati pelajar gred A mempunyai pola kekerapan capaian LO lebih tinggi berbanding pelajar gred B dan C. Manakala LO berbentuk dokumen lebih kerap dicapai berbanding LO video. Analisis perkaitan mendapati pola kekerapan capaian LO mempunyai kaitan dengan pencapaian pelajar. Perbincangan akhir kajian mencadangkan pensyarah perlu melaksanakan pengajaran dengan struktur tertentu yang memerlukan pelajar membuat capaian LO bagi membantu pencapaian subjek.