Rise and fall of civilization in reference to Al-Quran and civilizational theories: a comparative review

Sunnah Allah berkenaan bangun dan jatuh tamadun merupakan peraturan yang ditentukan Allah di sebalik perjalanan sesebuah tamadun manusia. Ia merupakan salah satu daripada perkara yang banyak disentuh di dalam al-Quran. Tulisan ini bertujuan menjelaskan kesahihan Sunnah Allah yang dikemukakan al-Qura...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mansor, Sulaiman, Hasan, Ahmad
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Malaysia Pahang 2020
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/29202/1/Rise%20and%20fall%20of%20civilization%20in%20reference%20to%20Al-Quran.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/29202/
https://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/view/4822
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sunnah Allah berkenaan bangun dan jatuh tamadun merupakan peraturan yang ditentukan Allah di sebalik perjalanan sesebuah tamadun manusia. Ia merupakan salah satu daripada perkara yang banyak disentuh di dalam al-Quran. Tulisan ini bertujuan menjelaskan kesahihan Sunnah Allah yang dikemukakan al-Quran ini menerusi perbandingan dengan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh beberapa sarjana dalam bidang sejarah dan tamadun manusia. Untuk itu, teori-teori perkembangan tamadun yang dihasilkan menerusi kajian berbentuk empirikal yang dilakukan oleh tokoh-tokoh seperti Ibnu Khaldun, Arnold Toynbee dan Malek Bennabi dikaji dan seterusnya dilakukan analisis perbandingan antara penjelasan al-Quran dan teori-teori ini. Menerusi analisis perbandingan ini didapati bahawa Sunnah berkenaan bangun dan jatuh tamadun yang dikemukakan Allah menerusi al-Quran merupakan suatu kebenaran yang tidak dapat dinafikan kesahihannya. Kesimpulan ini dikemukakan berdasarkan kepada keselarian antara penjelasan al-Quran berkenaan sunnah Allah ini dengan penemuan kajian yang dikemukakan para sarjana yang berkenaan menerusi bukti-bukti sejarah dan realiti yang berlaku dalam hidup manusia.